Utusan Borneo (Sarawak)

142 kes baharu COVID-19, 2 kematian: KP Kesihatan

Jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini ialah sebanyak 45 kes

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 142 lagi kes positif COVID19 dicatatkan sehingga jam 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n ialah 2,908, manakala dua lagi kes kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kematian akibat COVID-19 setakat ini ialah 45 kes, iaitu 1.55 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Katanya seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya kes kematian ke44 (kes ke-193) merupakan wanita warganegar­a Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac (semalam) jam 4.30

pagi,” katanya pada sidang media harian perkembang­an COVID-19 di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian ke-45 (kes ke-1,053) pula merupakan lelaki warganegar­a Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac, jam 10.46 malam,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor

Hisham berkata ketika ini terdapat 2,359 sukarelawa­n yang telah menawarkan diri daripada pelbagai kategori untuk bersama mendepani wabak COVID-19.

Mereka terdiri daripada 65 pakar perubatan pelbagai bidang, 159 pegawai perubatan, 909 jururawat, 220 juruteknol­ogi makmal perubatan dan 704 penolong pegawai perubatan.

Selain itu, 106 juru X-ray, 56 fisioterap­i, 70 pegawai sains (mikrobiolo­gi), tujuh pegawai farmasi, 44 penolong pegawai farmasi, 11 pegawai keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, dua pegawai psikologi dan enam kaunselor.

Dr Noor Hisham berkata KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawa­n, dan mereka yang ingin berkhidmat menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 boleh mengisi Borang Pendaftara­n Anggota Sukarelawa­n Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19.

Kepada mereka yang ingin berbakti di fasiliti kesihatan awam seperti di klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah, Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebagainya, mereka boleh mengisi borang pada pautan https://docs.google. com/forms/d/e/1FAIpQLS dnO5pPnHNC­FlQ9QnaN k224JI0nZB­cvNh4wKasL­FpxfbAsMKQ/viewform?usp =pp_url .

Bagi mereka yang ingin berbakti di hospital KKM, mereka boleh mengisi borang pada pautan https:// docs.google.com/forms/d/ e/1FAIpQLScT­mWCBfjK eKK8pLHU26­HAsZPn3p Ibs8LzXESb­9Jx7gKyxJL g/viewform?usp= sf_link . — Bernama

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac (semalam) pukul 4.30 pagi.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia