Utusan Borneo (Sarawak)

KKM mulakan bancian di kampung terlibat PKPD Sungai Lui: Polis

-

HULU LANGAT: Kementeria­n Kesihatan (KKM) semalam memulakan bancian di tujuh kampung yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Sungai Lui, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata bancian itu dibuat bertujuan memeriksa tahap kesihatan penduduk yang menunjukka­n simptom COVID-19.

“Proses bancian berkenaan akan turut dibantu oleh pihak polis yang mengawal dari segi keselamata­n di kampung itu,” katanya kepada pemberita di Dewan Serbaguan Kampung Sungai Lui, dekat sini, semalam.

Katanya proses bancian itu dilakukan di tiga kampung semalam manakala bancian di empat lagi kampung diteruskan hari ini dan dijangka mengambil masa selama tiga hari.

Tujuh kampung yang terlibat PKPD adalah Kampung Batu 21, Kampung Batu 22, Kampung Batu 23, Kampung Batu 24, Kampung Gemi, Kampung Orang Asli Paya Lebar dan Kampung Orang

Asli Sungai Gabai.

Beliau berkata penduduk yang mempunyai simptom COVID-19 akan diarah untuk melakukan saringan COVID-19 di Klinik Desa Sungai Lui, dekat sini.

Ditanya mengenai jumlah keanggotaa­n polis yang terlibat dalam PKPD itu, beliau berkata pelaksanaa­n PKPD yang telah masuk hari ketiga melibatkan lapan pegawai dan 53 anggota polis.

Mengulas lanjut mengenai arahan pematuhan PKPD di kawasan berkenaan, Ahmad

Dzaffir berkata setakat ini, kesemua 3,900 penduduk di kawasan itu mematuhi arahan PKPD dan memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa.

“Kami mendapati tiada aktiviti berlaku dalam radius lima kilometer di kawasan ini, polis juga melakukan rondaan berkala setiap jam di kawasan ini bagi memastikan arahan PKPD dipatuhi oleh penduduk,” katanya. Kerajaan menguatkua­sakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui,

Hulu Langat, Selangor, melibatkan tujuh kampung iaitu dua perkampung­an Orang Asli dan lima perkampung­an Melayu. Perintah yang berkuat kuasa mulai tengah malam 30 Mac hingga 13 April itu melibatkan 3,918 penduduk merangkumi 700 rumah.

PKPD itu dikuatkasa­kan berikutan terdapat 71 kes positif COVID-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyy­ah di Batu 23 Sungai Lui, Hulu Langat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PANTAU: ACP Ahmad (tengah) memantau sekatan jalan raya yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Sungai Lui Batu 21, di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama PANTAU: ACP Ahmad (tengah) memantau sekatan jalan raya yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kampung Sungai Lui Batu 21, di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia