Utusan Borneo (Sarawak)

Sejujurnya Liverpool sentiasa di hati saya, kata Sterling

Klopp dilaporkan cuba dapatkan kembali perancang City itu pada musim panas sebaik dana pasaran perpindaha­n diketahui

-

LONDON, England: Kelab Liverpool mungkin akan cuba mendapatka­n semula Raheem Sterling, lima tahun selepas pemain itu meninggalk­an Anfield, menurut laporan di Perancis.

Sterling meninggalk­an Liverpool dengan penuh kontrovers­i untuk ke Manchester City dengan yuran perpindaha­n sekitar 49 juta pound pada 2015.

Pemain sayap itu dikritik kerana satu temu bual yang dibuat bersama penyiaran

BBC sebelum perpindaha­n, di mana beliau mendakwa kejuaraan adalah lebih penting dari wang sebagai motivasi beliau untuk meninggalk­an Liverpool.

Sterling sentiasa dicemuh oleh penyokong Liverpool pada setiap kali City menentang Liverpool sejak itu tetapi beliau baru-baru ini mengakui beliau masih mempunyai minat dengan bekas kelabnya.

Semasa siaran langsung soal jawab dalam laman sosial Instagram dengan pengikutny­a, pemain antarabang­sa England itu ditanya jika beliau akan menimbangk­an untuk menyertai semula Liverpool.

Beliau berkata: “Secara jujurnya, saya menyukai Liverpool. Jangan salah faham, mereka sentiasa di hati saya.

Raheem Sterling

Pemain Manchester City

“Mereka adalah sebuah pasukan melakukan yang sangat banyak untuk saya membangun sebagai pemain.”

Akhbar Perancis,

L’Equipe, melaporkan bahawa pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mungkin akan cuba mendapatka­n pemain berusia

25 tahun itu pada musim panas nanti sebaik sahaja beliau mengetahui dana yang disediakan untuk pasaran

perpindaha­n. Menurut laporan, salah seorang perwakilan Sterling menjawab spekulasi dengan berkata pintu tetap

terbuka untuk satu kemungkina­n kepulangan mengejut.

Beliau berkata: “Walaupun jika Raheem terikat dengan Manchester City, beliau tidak melupakan Liverpool kerana di situlah beliau menjadi pemain dan individu beliau ketika ini.

“Sememangny­a ada kontrovers­i menyelubun­gi perpindaha­n beliau sebelum ini tetapi sejak itu, masa mengubah segala-galanya dan satu kemungkina­n boleh berlaku.”

Sterling sendiri mungkin tertarik dengan Liverpool kini mengatasi City sebagai pasukan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dan berkelebih­an 25 mata di singgahsan­a liga berbanding City sebelum musim digantung ekoran penularan pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Dengan City dijangka digantung dari menyertai Liga Juara-Juara selama dua tahun kerana melanggar peraturan Kewangan Bersih, sementara menunggu perbicaraa­n rayuan, mungkin juga menyebabka­n beberapa pemain akan meninggalk­an kelab itu.

Apa yang pasti, perhubunga­n Sterling dengan penyokong Liverpool kelihatan berkuranga­n selepas beliau dilihat berswafoto dengan penyokong Liverpool selepas kemenangan pada perlawanan pembuka tirai musim baharu, Piala Perisai Komuniti menentang Liverpool pada bulan Ogos tahun lepas. — AFP

Mereka adalah sebuah pasukan melakukan yang sangat banyak untuk saya

” membangun sebagai pemain.

 ??  ?? STERLING
PILIHAN UTAMA: Klopp (kiri) dilaporkan bersedia untuk membawa kembali Sterling ke Anfield pada musim panas nanti selepas peruntukan dana pasaran perpindaha­n diketahui.
STERLING PILIHAN UTAMA: Klopp (kiri) dilaporkan bersedia untuk membawa kembali Sterling ke Anfield pada musim panas nanti selepas peruntukan dana pasaran perpindaha­n diketahui.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia