Utusan Borneo (Sarawak)

United sertai Leicester, Chelsea dan Spurs bersaing dapatkan Coutinho

-

LONDON, England: Manchester United dilaporkan mengetuai beberapa kelab dari Liga Perdana Inggeris dalam saingan untuk mendapatka­n pemain tengah, Philippe Coutinho dari kelab Barcelona pada musim panas ini.

Coutinho menghabisk­an satu musim kontrak pinjaman di Bayern Munich di Jerman, di mana beliau sudah menjaringk­an lapan gol dari 22 perlawanan dalam Bundesliga Jerman tetapi kelab itu tidak dijangka akan menguatkua­sa pilihan untuk mengubah kontrak pinjaman kepada perpindaha­n tetap.

Menurut akhbar-akhbar di Britain, United difahamkan berminat menambah Coutinho di barisan tengahnya walaupun berjaya mendapatka­n pemain tengah berbakat, Bruno Fernandes pada bulan Januari lepas.

United bagaimanap­un berdepan saingan dari Leicester City, Chelsea dan Tottenham untuk pemain antarabang­sa Brazil berusia 27 tahun itu tetapi berasa yakin dapat mengatasi pesaingnya walaupun Coutinho pernah bermain untuk musuh ketat kelab itu, Liverpool.

Coutinho pernah ditanya jika beliau berminat untuk kembali ke Anfield di masa hadapan tetapi menolak sebarang peluang dan berkata beliau sekarang “dalam pengembara­an lain”.

Bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, yang membimbing Coutinho ketika kedua-dua mereka masih di Liverpool, juga ada menyuaraka­n minat tetapi Leicester, kelab semasa Rodgers, dijangka tidak mampu membayar gaji dan yuran perpindaha­n Coutinho.

Mereka mungkin akan cuba mendapatka­n beliau untuk kontrak pinjaman dengan pilihan pembelian tetap, walaupun Barca dijangka lebih berminat dengan perpindaha­n tetap berdasarka­n krisis kewangan kelab ketika ini ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Isnin lepas, pemain kelab Barcelona bersetuju dengan potongan gaji sehingga 70 peratus dan juga menyumbang sebahagian gaji kepada kakitangan kelab untuk membantu mereka terus mendapat pendapatan pada krisis COVID-19 ini.

Jika krisis ini berlarutan lebih lama, penjualan pemain mungkin akan menyusul dalam usaha mengurangk­an perbelanja­an gaji kelab dan membayar gaji kakitangan, dengan Coutinho dijangka antara mereka yang ‘dikorbanka­n’. — AFP

 ??  ?? COUTINHO
COUTINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia