Utusan Borneo (Sarawak)

Godin berkongsi pengalaman berdepan COVID-19 tempat yang terkesan teruk di dunia

-

MILAN, Itali: Pemain pertahanan kelab Inter Milan, Diego Godin, kembali ke tanah airnya, Uruguay selepas mengharung­i dua minggu kuarantin di Itali dan menceritak­an secara terperinci pengalaman beliau berdepan dengan pandemik koronaviru­s (COVID-19) di dalam salah satu tempat yang terkesan teruk di dunia.

“Kami berada dalam risiko sehingga ke saat akhir,” kata Godin. “Kami ditarik ke arah berlawanan untuk melihat jika kami dapat terus bermain sehingga situasi tidak lagi dapat dipertahan­kan. Sistem kesihatan runtuh. Tiada lagi katil dalam unit rawatan rapi (ICU) untuk merawat begitu ramai orang yang berada dalam keadaan kritikal. Orang ramai dengan penyakit lain tidak dapat dirawat lagi. Tiada tempat untuk mereka atau tidak cukup kakitangan perubatan.”

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte, menggantun­g semua aktiviti sukan di negara itu pada 9 Mac kerana pandemik COVID-19 ini, pada hari selepas Inter Milan menentang Juventus. Lima hari selepas perlawanan itu, pemain pertahanan Juventus, Daniele Rugani, menjadi pemain pertama dalam Serie A yang diuji positif untuk COVID-19.

“Kami terus berlatih dan bermain untuk beberapa minggu tanpa penonton sehingga ujian positif pemain di Juventus, jadi kami dan pemain Juventus dikuaranti­n,” kata Godin.

“Kerana itulah musim digantung. Apa yang pasti, ada pemain lain dalam perlawanan itu yang mungkin sudah dijangkiti dan kerana itu kenapa kami dikuaranti­n.”

Godin, 34, juga menyentuh tentang suasana di peringkat awal penularan wabak ini di Itali, di mana angka kematianny­a melepasi paras 12,000 orang Selasa lepas – jumlah tertinggi di dunia.

“Ia bukan perkara besar di peringkat awal. Semua orang fikir ia adalah masalah di China dan ia tidak akan sampai ke negara lain,” kata Godin. “Langkah kawalan dilakukan dengan sangat perlahan. Kami diberitahu untuk berwaspada tetapi di peringkat kerajaan, tiada tindakan drastik diambil yang mungkin akan mengelak apa yang telah berlaku sekarang.”

Dua pelancong China yang mengunjung­i Rom adalah ujian positif pertama COVID-19 di Itali, yang dilaporkan pada 31 Januari. Satu lagi kes disahkan seminggu kemudian, dari seorang lelaki tempatan yang berkunjung ke bandar raya Wuhan di China, di mana virus itu kali pertama dikenal pasti.

Kematian pertama berkaitan COVID-19 di Itali dilaporkan pada 22 Februari tetapi aktiviti Serie A masih diteruskan.

Godin memberikan pujian yang tinggi kepada kakitangan perubatan barisan hadapan Itali, satu kumpulan yang terkesan dengan 33 kematian di kalangan hampir 5,000 kakitangan­nya yang dijangkiti COVID-19.

“Tugas yang dilakukan oleh doktor dan mereka dalam perkhidmat­an kesihatan adalah sangat mengagumka­n,” kata Godin. “Apa sahaja yang dilakukan adalah untuk menghargai mereka tidak begitu kelihatan. Mereka adalah wira sebenar hari ini. Imej mereka sahaja sudah menunjukka­n apa yang telah berlaku.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia