Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan Olimpik, Paralimpik Tokyo dijadualka­n semula

-

KUALA LUMPUR: Sukan Olimpik Tokyo telah dijadualka­n semula untuk diadakan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, iaitu tepat setahun daripada tarikh asal yang dirancang sebelum ini (24 Julai 2020), kata penganjur ketika mengesahka­n perkara itu.

Ia diikuti Sukan Paralimpik dari 24 Ogos hingga 5 Sept 2021.

Tarikh baharu itu telah dipersetuj­ui Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC), Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa (IPC), Jawatankua­sa Penganjur Tokyo 2020 dan kerajaan Jepun selepas satu persidanga­n telefon kelmarin.

Menurut kenyataan IOC, keputusan itu dibuat berdasarka­n tiga pertimbang­an utama iaitu bagi melindungi kesihatan atlet dan semua orang yang terlibat; membantu pembendung­an virus COVID-19; menjaga kepentinga­n atlet dan Sukan Olimpik serta kalendar sukan antarabang­sa.

“Dengan pengumuman ini, saya yakin bahawa menerusi jalinan kerjasama dengan Jawatankua­sa Penganjur Tokyo 2020, Kerajaan Metropolit­an Tokyo dan Kerajaan Jepun serta semua pihak berkepenti­ngan, kita boleh menghadapi cabaran yang belum pernah berlaku ini,” kata Presiden IOC Thomas Bach dalam kenyataan itu.

Thomas dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Selasa lepas bersetuju untuk menunda temasya sukan dunia itu susulan penularan wabak COVID19, namun namanya kekal Tokyo 2020.

Presiden Jawatankua­sa Penganjur Tokyo 2020 Mori Yoshir o berkata masa secukupnya diperlukan bagi sesi pemilihan dan kelayakan atlet selain latihan dan persediaan mereka, yang menyaksika­n sukan itu dijadualka­n semula pada musim cuti musim panas akan datang di Jepun.

“Meskipun penangguha­n Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik ini adalah yang pertama dalam sejarah dan pelbagai isu lain telah diketengah­kan, jadual acara ini merupakan asas bagi persiapan pada masa depan.

“Saya yakin bahawa langkah membuat keputusan ini dengan segera akan membantu mempercepa­tkan persediaan masa depan. Jawatankua­sa Penganjur Tokyo 2020 akan terus bekerja keras bagi memastikan kejayaan Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.

IOC sebelum ini mengesahka­n bahawa semua atlet yang sudah layak dan kuota tempat yang telah disediakan bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah kekal tidak berubah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia