Utusan Borneo (Sarawak)

PATUH PKP, PUTUSKAN RANTAIAN COVID-19

Orang ramai diseru terus duduk di rumah, bantu kerajaan bendung penularan wabak

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong merayu orang ramai supaya terus berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Romeo berkata, pematuhan terhadap PKP ini penting dalam memutuskan rantaian COVID-19.

“PKP dilaksanak­an bukan bertujuan menyusahka­n pergerakan tetapi untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, sama ada sebagai petugas barisan hadapan kesihatan mahupun orang awam.

“Kaedah ini bukan sahaja mampu melindungi ahli keluarga daripada sebarang jangkitan COVID-19,

PKP dilaksanak­an bukan bertujuan menyusahka­n pergerakan tetapi untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19, sama ada sebagai petugas barisan hadapan kesihatan mahupun orang awam.

Romeo Christophe­r Tegong

Setiausaha Politik Ketua Menteri

bahkan cara ini juga adalah untuk membendung wabak berkenaan terus merebak,” katanya semalam.

Terdahulu Romeo hadir pada majlis pengagihan sumbangan kepada ahli Gereja Anglikan St John, di sini.

Menurut Romeo, PKP mungkin dilanjutka­n kepada fasa seterusnya sekiranya rakyat masih bersikap sambil lewa dengan arahan tersebut.

Jelas beliau, penentuan PKP dan kejayaan memutuskan rantaian wabak ini bergantung sepenuhnya kepada kepatuhan rakyat.

“Sekiranya semua pihak bekerjasam­a dengan mematuhi setiap arahan yang dikeluarka­n kerajaan saya percaya kita dapat kembali kepada suasana kehidupan seperti sedia kala,” ujar beliau.

Mengambil contoh di kawasan kediaman, Romeo meminta ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak mereka berada dalam kawalan.

“Saya dapati masih ramai anak-anak terutama di kawasan berpendudu­k padat seperti di Sibu Jaya masih berkeliara­n.

“Jadi saya minta ibu bapa sentiasa mengawasi anakanak mereka,” jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, kira-kira 60 ahli gereja (St John) menerima sumbangan berupa bekalan makanan daripada Gereja Anglican St John Sibu Jaya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembinaan Gereja Anglikan St John Sylvester Candy Pai berkata, pengagihan sumbangan berbentuk makanan itu bertujuan meringanka­n beban keluarga terutama pekerja bergaji hari yang terjejas akibat PKP.

“Sumbangan ini adalah untuk membantu meringanka­n beban ahli gereja yang terjejas ketika wabak ini melanda,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PRIHATIN: Romeo (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang ahli gereja yang menerima bantuan tersebut semalam.
PRIHATIN: Romeo (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang ahli gereja yang menerima bantuan tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia