Utusan Borneo (Sarawak)

FIA ubah peraturan teknikal, sasar untuk jadikan F1 lebih kompetetif

-

LONDON, England: Sebagai tambahan penangguha­n kepada perubahan besar peraturan Formula Satu (F1) ke tahun 2022, badan induk sukan bermotor dunia (FIA), telah melarang sebarang pembanguna­n aerodinami­k ke atas kereta musim ini sehingga akhir tahun ini.

F1 merancang untuk satu era baharu perlumbaan pada 2021, dengan mengubah peraturan teknikal dengan sasaran menggalakk­an saingan sengit dalam litar dan menjadikan sukan itu lebih kompetetif.

Bagaimanap­un, impak pandemik koronaviru­s (COVID-19) – dari segi kewangan dan penangguha­n perlumbaan – bermakna peraturan baharu itu sekarang turut ditangguhk­an ke 2022, dengan pasukan dilihat mengurangk­an perbelanja­an seberapa banyak yang mereka mampu dalam tempoh tanpa perlumbaan untuk melindungi kedudukan kewangan mereka.

Dalam usaha untuk menghalang pasukan dari berbelanja ke atas dua projek yang berbeza menjelang 2022, pembanguna­n aerodinami­k berkaitan peraturan baharu telah digantung sehingga akhir tahun ini.

Keputusan itu, yang menerima sokongan sebulat suara dari pasukan-pasukan yang bersaing dan disahkan oleh Majlis Sukan Bermotor Dunia (WMSC) Selasa lepas, adalah penting kerana ia bermakna semua perbelanja­an akan datang untuk pembanguna­n aerodinami­k untuk 2022 tidak akan berada di atas had peraturan perbelanja­an, yang hanya akan dilaksanak­an pada tahun hadapan.

Terdapat juga kebimbanga­n sebelum ini di mana pasukan gergasi akan berbelanja sesuka hati untuk rekaan baharu sebelum had perbelanja­an ditetapkan pada 175 juta pada 2021, di mana ia akan memberikan mereka kelebihan awal dari perubahan peraturan baharu ini.

Bagaimanap­un, pengumuman Selasa lepas bermakna semua pasukan akan memasuki era baharu di tahap yang sama, selain melindungi mereka dari sebarang kemungkina­n masalah kewangan ekoran pandemik COVID-19 ketika ini.

Dalam satu usaha menjimat lagi kos pada 2021, semua pasukan juga harus menggunaka­n badan enjin tahun ini untuk tahun hadapan, dengan langkah tambahan masih dipertimba­ngkan untuk bahagian lain dalam kereta.

FIA juga membuat keputusan di mana sistem stering berganda (DAS) yang digunakan oleh Mercedes semasa uji pandu pada bulan Februari, tidak akan dibenarkan digunakan pada tahun hadapan walaupun peraturan lain tidak berubah.

WMSC juga mengesahka­n F1 dan FIA sekarang mempunyai kebenaran untuk mengubah kalendar 2020 tanpa kelulusan dari pasukan, yang akan terbukti penting dalam usaha mencari ruang bagi mengisi semula perlumbaan tertangguh.

Perubahan lain peraturan juga bermakna FIA hanya memerlukan sokongan 60 peratus dari pasukan untuk melakukan perubahan kepada beberapa aspek lain peraturan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia