Utusan Borneo (Sarawak)

ROMPAK, CEDERAKAN PENGAWAL KESELAMATA­N, LELAKI KENA LAPAN TAHUN, DUA SEBATAN

-

SIBU: Penganggur yang merompak dan mencederak­an seorang pengawal keselamata­n di Pasar Sentral Sibu dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Nelson Tungku, 22, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Caroline Bee Majanil selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 394 dan 397 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Nelson didakwa merompak telefon bimbit dan dengan sengaja mendatangk­an kecederaan parah menggunaka­n sebilah pisau lipat terhadap seorang pengawal keselamata­n di Pasar Sentral Sibu pada 21 Mac, 2020, kira-kira jam 4.19 petang.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa cedera parah selepas ditikam menggunaka­n pisau ketika dirompak oleh tertuduh di Tingkat Tiga Tempat Parkir Pasar Sentral Sibu di Jalan Bengkel.

Pada hari yang sama kira-kira jam 4.27 petang, sepasukan anggota polis telah pergi ke tempat kejadian bagi menjalanka­n siasatan dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Kira-kira jam 6.30 petang, tertuduh dijumpai bersembuny­i di sebuah bilik tangki air di Tingkat Empat Pasar Sentral.

Pihak polis turut menjumpai telefon bimbit di dalam saku seluarnya berserta sebilah pisau lipat yang digunakan tertuduh bagi melakukan rompakan tersebut.

Dalam kes berasingan di Mahkamah Majistret, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan setelah mengaku bersalah mencuri satu plastik mengandung­i mi dan sinki aluminium bernilai RM100.

Sawing Mara, 43, didakwa melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2020, kira-kira jam 7.30 malam di sebuah kedai makan di Jalan Lanang.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 ??  ?? PENJARA DAN SEBAT: Nelson diiringi anggota polis selepas
dijatuhkan hukuman.
PENJARA DAN SEBAT: Nelson diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia