Utusan Borneo (Sarawak)

Pematuhan PKP di Sarawak 95.3%

Polis catat pematuhan PKP di Sarawak sebanyak 95.3 peratus setakat semalam

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Polis Kontinjen Sarawak merekodkan peratusan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sebanyak 95.3 peratus setakat semalam.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata ia jelas menunjukka­n masyarakat kini memberi kerjasama apabila jumlah kenderaan dan bilangan orang ramai yang keluar tanpa alasan munasabah semakin berkuranga­n.

Menurutnya, untuk tempoh 24 jam iaitu dari 8 pagi kelmarin hingga 8 pagi semalam hanya 36 tangkapan dicatatkan berbanding 49 orang pada hari sebelumnya.

“Tangkapan berkuranga­n, mungkin kerana ramai sudah takut kerana hukuman penjara dikenakan kepada mereka yang didakwa di mahkamah.

“Justeru diharapkan masyarakat akan terus memberikan kerjasama dalam usaha kita bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, 98 orang daripada 150 yang didakwa di mahkamah kerana mengingkar­i PKP di seluruh negeri dijatuhkan hukuman penjara dan denda sejak 18 Mac.

Aidi memberitah­u 125 mengaku bersalah semasa dibicaraka­n, 69 orang dijatuhkan hukuman penjara, 29 dipenjara serta denda dan 14 lagi didenda.

Tambahnya juga, tujuh lagi suspek gagal hadir di mahkamah dan waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarka­n.

“Jumlah tangkapan keseluruha­n sejak PKP dikuatkuas­akan sehingga hari ini (semalam) adalah seramai 312 orang dan 150 telah dituduh di mahkamah,” katanya.

Selain itu Aidi turut memberitah­u Sibu merekodkan jumlah paling ramai dijatuhkan hukuman penjara iaitu 31 orang dan kebanyakan mereka dihukum penjara dua minggu ke tiga bulan.

Tangkapan berkuranga­n, mungkin kerana ramai sudah takut kerana hukuman penjara dikenakan kepada mereka yang didakwa di mahkamah.

Datuk Aidi Ismail

Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? AIDI
AIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia