Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat New Zealand marah harga kubis bunga melambung tinggi

-

WELLINGTON: Pandemik COVID-19 telah menterbali­kkan kehidupan bagi berbilion manusia, tetapi rakyat New Zealand yang dapat menerima undang-undang berkurung yang ketat tidak dapat menerima kenaikan harga kubis bunga yang melambung tinggi dan menuntut kerajaan bertindak.

Pihak berkuasa New Zealandyan­gmemantauk­enaikan harga di tengah-tengah krisis kesihatan global telah dibanjiri aduan tentang kos sayur yang sederhana itu.

Daripada mengaut keuntungan dari permintaan yang begitu tinggi untuk topeng muka dan produk pencucian, atau malah arak dan rokok, peruncit Kiwi dituduh menggunaka­n taktik yang kotor dalam penjualan sayur.

Perdana Menteri Jacinda Ardern melancarka­n khidmat laporan dipanggil Price Watch pada Isnin lepas yang menurutnya menerima hampir 1,000 e-mel pada hari operasi pertama.

“Aduan paling biasa adalah harga tinggi kubis bunga, dengan beberapa e-mel yang menyebut NZ$13 (RM35) untuk satu,” katanya kepada pemberita semalam.

“Harga pembersih tangan, roti, daging, topeng muka dan halia turut dipaparkan.

“Saya mahu berkata kepada rakyat bahawa kami memandang serius aduan ini.”

Laman sesawang Jabatan Statistik New Zealand mempunyai maklumat harga kubis bunga sejak lebih sedekad lalu, yang menunjukka­n kos sayur itu berharga kira-kira NZ$4 (RM11) pada hujung tahun lepas.

Pemilik pasar raya di North Island, Sagar Patel, pada minggu lepas mendedahka­n pegawai telah menyoalnya tentang harga kubis bunganya, yang merupakan produk bermusim.

Patel menafikan sebarang salah laku dan berkata barangan jumlah tinggi seperti roti adalah lebih diterima akal untuk mengaut keuntungan.

“Jualan kami untuk kubis bunga tidak sampai 0.01 peratus pun daripada pulangan mingguan kami, kenapa pula kami mahu menaikkan harga ke atas barangan yang begitu tidak signifikan bagi perniagaan kami?” katanya kepada akhbar New Zealand Herald. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia