Utusan Borneo (Sarawak)

Jumlah penonton Astro melonjak semasa PKP

-

KUALA LUMPUR: Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30 peratus sejak permulaan Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).

Penyedia TV berbayar itu berkata, dengan persembaha­n percuma membabitka­n semua saluran filem untuk pelanggann­ya, penonton TV bagi filem dan hiburan berbahasa Inggeris melonjak 200 peratus.

Semua saluran berita yang disediakan oleh Astro turut mencatatka­n kenaikan 71 peratus dalam jumlah penonton.

“Beikutan lebih ramai rakyat Malaysia tinggal di rumah semasa PKP, kami menyaksika­n peralihan yang ketara dalam tingkah laku pengguna dan ini dapat dilihat dalam peningkata­n trafik kami.

“Sesuatu jenama perlu mengubah suai cara mereka menjangkau pengguna, khususnya selepas rakyat Malaysia mula menimba pengalaman ‘normal yang baharu’,” kata Pengarah Astro Media Solutions, Wong See Wei dalam satu kenyataan kelmarin.

Tontonan percuma untuk pelanggan Astro dan NJOI serta akses tanpa bayaran Astro GO untuk semua rakyat Malaysia, yang dilanjutka­n sehingga 14 April 2020, menerima respon positif.

Astro GO diterima baik oleh semua rakyat Malaysia dengan lebih daripada 78,000 pendaftara­n baharu dengan kanak-kanak mendominas­i penonton Astro GO dalam tempoh ini, kata Wong.

Sementara itu, pasukan berita Astro dari Awani, Radio dan Digital sedang melakukan tugas mereka untuk memastikan rakyat Malaysia dimaklumka­n serta membongkar berita palsu.

Dalam lima hari pertama PKP, 5.5 juta rakyat Malaysia telah menonton Astro Awani, manakala laman web dan aplikasiny­a mencatatka­n kenaikan 15 peratus dan 13 peratus dalam pelawat unik.

Wong berkata, Astro mengucapka­n terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menyokong inisiatifn­ya untuk memastikan negara dimaklumka­n dan dihiburkan semasa PKP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia