Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT PENERBANGA­N HANTAR MAKANAN KE PEDALAMAN

-

KUCHING: Helikopter EC 725 AP milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam berjaya melaksanak­an empat lagi penerbanga­n menghantar bekalan makanan asas kepada golongan sasaran di kawasan pedalaman Sarawak.

Menurut kenyataan daripada laman sosial Facebook (TUDM), tujuannya bagi membantu rakyat yang terjejas di kawasan pedalaman akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang wabak COVID-19 daripada terus merebak.

Penerbanga­n tersebut melibatkan dua set kru anak kapal daripada No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan yang diterbangk­an Leftenan Kolonel Vachiral Ratanaphan Ban Teang daripada TUDM dan Mejar Frezal Raynol@Zainal (TUDM).

Bekalan makanan dihantar ke Long Lellang, sebuah perkampung­an kecil yang terletak di Tanah Tinggi Kelabit serta ke Pa Tik dan Ba Lai.

Terdahulu, kerja-kerja membawa bekalan makanan asas ke dalam helikopter EC 725 AP dilakukan di Lapangan Terbang Miri bermula seawal jam 7 pagi semalam.

Pihaknya mendapat kerjasama anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah naungan Markas Pemerintah­an Medan Timur (PMT ).

Semalam juga, empat penerbanga­n yang pertama telah dilaksanak­an oleh No 5 Skuadron, PU Labuan bagi menghantar bekalan makanan asas ke Bario, di sini.

TUDM khususnya kata kenyataann­ya itu, akan terus komited dalam melaksanak­an tugas yang telah diamanahka­n demi mengutamak­an kesejahter­aan rakyat terutama semasa krisis COVID-19.

Pihaknya berharap tanggungja­wab sosial yang dilaksanak­an oleh warga kerja TUDM dan ATM itu membolehka­n orang ramai mendapat manfaat dan terus mematuhi arahan PKP yang dikeluarka­n oleh kerajaan untuk menghentik­an wabak berbahaya COVID-19 daripada merebak.

 ??  ?? KHIDMAT: Anggota TUDM dan TDM mengangkat barang keperluan makanan ke dalam helikopter untuk diterbangk­an kawasan pedalaman.
KHIDMAT: Anggota TUDM dan TDM mengangkat barang keperluan makanan ke dalam helikopter untuk diterbangk­an kawasan pedalaman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia