Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan makanan cukup

-

KUCHING: Rakyat Sarawak tidak perlu khuatir atau panik tentang bekalan makanan kerana ia dijamin mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ahli Jawatankua­sa Rantaian Makanan Semasa COVID-19 Datuk Mohd Naroden Majais berkata, jaminan itu diberikan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggun­gjawab ke atas pembekalan makanan di Sarawak.

“KPDNHEP memaklumka­n kita yang bekalan barangan makanan negeri ini masih dalam keadaan terkawal dan mencukupi bagi setiap bahagian, daerah malah di kawasan kampung dan pedalaman.

“Justeru, semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun di kawasan luar bandar dinasihati untuk tidak panik sepanjang PKP bagi menangani penularan wabak COVID-19,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan itu berkata, rakyat perlu faham yang Sarawak mempunyai dua sistem pembekalan dan penjualan di 800 pusat jualan (POS) di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pusatjuala­ninikataNa­roden, terdiri daripada kedai-kedai runcit yang menjual barangan asas yang terkawal berdaftar di bawah KPDNHEP dan penghantar­an barangan ini dikawal oleh agensi tersebut dari masa ke semasa mengikut permintaan dalam sesebuah kawasan tersebut.

“Pusat jualan ini membeli barangan mereka daripada pemborong yang ada di pekan yang berdekatan. Misalnya, bagi Kampung Nanga Merit dalam bahagian Kapit terdapat tiga POS dan semua barangan mereka dihantar bagi tujuan ‘diisi semula’ oleh pengedar mereka atas arahan agensi tersebut supaya masyarakat di kawasan dapat membeli keperluan mereka,” katanya.

Selain itu, menurut Naroden, ada juga kedai runcit yang bukan di bawah seliaan KPDNHEP yang mana barangan mereka dibeli secara langsung daripada pengedar masing-masing.

“Untuk barangan bantuan ‘Sarawakku Sayang’ pula, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperuntu­kkan RM200,000 bagi setiap 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui akaun Jawatankua­sa Bencana Bahagian (JBB).

“Ia bagi membeli barangan makanan keperluan asas untuk semua kawasan DUN di seluruh negeri ini,” tambah beliau.

 ??  ??
 ??  ?? NARODEN
NARODEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia