Utusan Borneo (Sarawak)

PAKEJ TAMBAHAN KHUSUS PKS RM10 BILION

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumka­n Pakej Prihatin

PKS (Tambahan) bernilai RM10 bilion khusus untuk membantu meringanka­n beban kewangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pakej rangsangan tambahan ini akan dapat menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan, katanya semasa mengumumka­n pakej tersebut, di sini, semalam.

Menurut Muhyiddin, antara langkahlan­gkah tambahan yang diambil ialah peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan kepada RM13.8 bilion daripada RM5.9 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

Di bawah inisiatif tambahan itu, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah antara RM600 hingga RM1,200 bagi setiap pekerja mengikut jumlah bilangan pekerja.

Bilangan maksimum pekerja yang layak menerima subsidi juga akan ditingkatk­an kepada 200 orang daripada 100 orang sebelum ini.

Bantuan ini adalah untuk selama tiga bulan dan dikhususka­n kepada majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO.

Perdana Menteri berkata kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Kerajaan sebelum ini telahpun mengumumka­n Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang antara lain peruntukan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion untuk membantu PKS termasuk usahawan mikro serta menambah saiz dana Kemudahan Semua Sektor Ekonomi kepada RM6.8 bilion.

Namun, katanya, beliau menerima maklum balas daripada persatuan PKS dan perniagaan kecil atau mikro yang meminta kerajaan meneliti semula manfaat yang mereka terima dalam pakej rangsangan ekonomi tersebut.

Justeru, Menteri Kewangan telah mengadakan sesi libat urus bersama PKS untuk mencari jalan penyelesai­an kepada masalah yang mereka hadapi dan hasilnya kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengumumka­n PRIHATIN Tambahan.

Muhyiddin berkata, khusus bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayak­an, kerajaan mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion.

“Kerajaan akan menyediaka­n Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatk­an hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

“PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini,” katanya.

Senarai PKS mikro yang layak akan diperoleh daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia.

Selain itu, beliau juga menyaranka­n organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 agar menyediaka­n kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama enam bulan bermula April 2020, seperti yang telah diberikan oleh pihak bank.

“Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi pelanggan dan bersama-sama membantu meringanka­n beban kewangan mereka,” kata Muhyiddin. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia