Utusan Borneo (Sarawak)

94 PENUMPANG DIKUARANTI­N

Penumpang dari Labuan, Kuala Lumpur dikuaranti­n di dua hotel di Miri.

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Seramai 94 penumpang, masing-masing 26 orang dari Labuan dan 68 orang lagi dari Kuala Lumpur telah dikuaranti­n di dua hotel yang telah ditetapkan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin yang juga menteri bertanggun­gjawab dalam jawatankua­sa itu mengesahka­n perkara tersebut pada mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Miri semalam.

Menurut Lee, setakat ini enam hotel di bandar raya Miri telah mengesahka­n kesediaan untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi penumpang dari luar Sarawak yang tiba di Lapangan Terbang Miri.

Katanya, penumpang yang ditempatka­n terdiri daripada individu yang tidak bergejala dan tidak berisiko dan saringan berdasarka­n prosedur Kementeria­n

Kesihatan Malaysia (KKM), telah dilakukan sebelum menempatka­n penumpang ke mana-mana hotel yang telah ditetapkan sebagai pusat kuarantin bagi tempoh inkubasi selama 14 hari.

“Sebanyak enam hotel di Miri bersetuju untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin dengan kapasiti kumulatif sebanyak 700 bilik bagi 700 penumpang.

"Penumpang dari penerbanga­n Kuala Lumpur dan Labuan ke Miri akan ditempatka­n terus ke hotel yang telah kita tentukan,” ujar Lee.

Kesemua penumpang yang menjalani kuarantin akan dibawa menaiki bas (yang disanitasi­kan setiap hari), menuju ke hotel yang sudah ditetapkan.

“Sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak untuk memutuskan rantaian

COVID-19 serta pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita telah mengehadka­n jumlah penerbanga­n dari luar Sarawak ke Miri, iaitu penerbanga­n dari Labuan ke Miri telah ditetapkan tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Selasa dan Rabu," tambahnya.

Manakala penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Miri pula ialah pada Khamis dan Ahad.

 ??  ?? SARINGAN: Penumpang dari Labuan dan Kuala Lumpur yang tiba Lapangan Terbang Miri semalam, mengisi
maklumat dan menjalani saringan sebelum dibawa ke pusat kuarantin dengan bas khas.
SARINGAN: Penumpang dari Labuan dan Kuala Lumpur yang tiba Lapangan Terbang Miri semalam, mengisi maklumat dan menjalani saringan sebelum dibawa ke pusat kuarantin dengan bas khas.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia