Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi cari nelayan dilapor hilang ditangguh

Hamzah Dipi dilaporkan hilang selepas keluar ke laut sekitar jam 1 pagi Ahad

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika turun ke laut di perairan Asajaya pada Ahad masih belum dijumpai.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, operasi CARILAMAT hari kedua itu ditangguhk­an pada jam 5.30 petang semalam dan akan diteruskan semula jam 7.30 pagi esok (hari ini).

Mangsa yang dikenali sebagai Hamzah Dipi berusia 49 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar ke laut untuk menangkap ikan sekitar jam 1 pagi Ahad.

“Pasukan CARILAMAT melakukan pencarian di perairan Asajaya seluas 25 batu nautika persegi, namun tidak menemui sebarang tanda penemuan mangsa.

“Bot fiber pasukan bomba dan bot APM melaksanak­an pencarian di sepanjang sungai dan pesisir pantai Asajaya, namun keadaan air surut menyukarka­n pencarian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya lagi, peduduk kampung dan petugas telah melaksanak­an pencarian di pesisir pantai sejauh tiga kilometer.

Bagaimanap­un, kata Robert, pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Terdahulu, beliau memberitah­u, Pusat Operasi Maritim (MRSC) Kuching menerima aduan seorang nelayan dilapor hilang ketika keluar ke laut pada jam 12.30 tengah hari Ahad dan bertindak atas aduan tersebut, APMM Sarawak telah mengaktifk­an operasi CARILAMAT yang diteruskan semula hari kedua jam 7.30 pagi tadi (Isnin).

Tambahnya, selain aset Maritim Malaysia, operasi CARILAMAT ini turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam yang terdiri daripada komuniti nelayan setempat.

“Mangsa yang dilaporkan hilang tersebut kali terakhir ditemui semasa keluar ke laut, memakai baju kelabu.

“Bot mangsa telah dijumpai pada jarak lebih kurang tiga batu nautika dari pantai perairan Asajaya,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u pada hari pertama, pasukan CARILAMAT telah melaksanak­an operasi pencarian seluas lima batu nautika persegi membabitka­n penglibata­n nelayan setempat.

Tegasnya, usaha pencarian agak terhad, laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah hampir dua meter.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang penemuan di laut agar menghubung­i talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Pasukan CARILAMAT melakukan pencarian di perairan Asajaya seluas 25 batu nautika persegi, namun tidak menemui sebarang tanda penemuan mangsa.

Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan

Pengarah APMM Sarawak

 ??  ?? CARI: Pasukan APMM berusaha mengesan mangsa di laut.
CARI: Pasukan APMM berusaha mengesan mangsa di laut.
 ??  ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia