Utusan Borneo (Sarawak)

Sebelas individu didenda ingkar arahan PKP

-

KUCHING: Sejumlah 11 individu didenda oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada 11 berkenaan, Majistret Zubaidah Sharkawi mengarahka­n seramai sembilan individu didenda RM700 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar.

Mereka terdiri daripada Mohamad Hazwan Asan, Jackie Law Teck Hui, Nur Nazrin Othman, Benedict Jalai, Iric Dubblin, Samson Ng Jiann Haur, Lai Chee Hau, Alex Lau Soon Soon dan Josep Micheal.

Awais Ahmad Bajwa dan Norazlan Mohd Abdul Rus pula didenda RM600 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Dalam pada itu, mahkamah turut menetapkan antara 11 hingga 14 Mei depan untuk mendengar laporan sosial bagi lapan lagi individu berusia antara 17 hingga 21 tahun.

Waran tangkap juga dikeluarka­n terhadap dua lelaki berusia 48 tahun iaitu Mohamad Ali Mohamad Azis Zaidi dan Tan Yong Hui.

Mahkamah menetapkan kedua-duanya dihadapkan semua ke mahkamah pada 13 Mei depan.

Rata-rata mereka didakwa bergerak dari rumah ke kawasan jangkitan dan gagal mengemukak­an alasan munasabah untuk keluar rumah ketika pelaksanaa­n PKP.

Kesemuanya didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit (Langkahlan­gkah di Dalam Kawasan Jangkitan) 2020 berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau keduaduany­a sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­den (ASP) Rogayah Rosli manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? DIHUKUM: Antara pesalah PKP yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di Kuching semalam.
DIHUKUM: Antara pesalah PKP yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia