Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga termasuk gadis langgar PKP dijatuhi hukuman

-

SIBU: Tiga orang termasuk seorang gadis bawah umur telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Mohd Khairol Azhar, 31, dari Sri Aman yang telah dijatuhi hukuman satu bulan penjara dengan denda RM1,000 oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura kerana didapati berada di Jalan Bukit Assek menuju ke Jalan Hardin yang merupakan sebuah kawasan larangan tanpa tujuan yang sah pada kira-kira jam 9.15 malam pada 4 April.

Kesalahan adalah di bawah Peraturan 3 (1) Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Terjejas) 2020 yang memperuntu­kkan denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Dia juga didenda RM1,500 dan penjara satu bulan untuk kesalahan lain kerana gagal menyediaka­n dokumen pengenalan semasa pemeriksaa­n polis, dengan itu tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah peraturan 25 (1) (n) peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Kesalahan itu memperuntu­kkan tempoh penjara maksimum tiga tahun atau RM20,000 denda atau keduaduany­a.

Dalam mahkamah yang berasingan, dua tertuduh lain, Stanley Kameron, 23, dari Sibujaya dan seorang gadis bawah umur dari Kanowit yang namanya tidak didedahkan telah didakwa bersama kerana melanggar PKP.

Majistret Muhammad Faizal telah mendenda Stanley RM1,000 dan penjara satu bulan manakala hukuman untuk gadis berusia 17 tahun itu ditangguhk­an atas prosedur tertentu.

Kes gadis bawah umur itu dilanjutka­n pada 6 Mei depan dan diberikan arahan untuk dilepaskan atas jaminan tunai RM500.

Mereka (Stanley dan gadis terbabit) didapati melakukan kesalahan itu di sepanjang Jalan Foochow pada kirakira jam 1.15 pagi pada 2 April lalu.

Berdasarka­n bukti dan penyiasata­n polis, kedua-dua tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Terjejas) 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia