Utusan Borneo (Sarawak)

Helikopter Hornbill Skyways, TUDM diguna hantar makanan

Pesawat-pesawat itu mengangkut bungkusan makanan ke pusat pengedaran di Kapit selain Batang Ai

- Oleh Clare Cinderella

MIRI:Kerajaanne­gerimenggu­nakan helikopter Hornbill Skyways dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menghantar bungkusan makanan ke pusat pengedaran di pedalaman Sarawak termasuk Baleh dan Murum bermula semalam.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pesawatpes­awat itu mengangkut bungkusan makanan ke pusat pengedaran di Kapit selain Batang Ai selepas fasa pertama melibatkan Dewan

Undangan Negeri (DUN) Mulu dan Telang Usan pada 5 dan 6 April dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Ahad lalu.

Beliau memuji kelancaran operasi pengedaran melibatkan penghantar­an menggunaka­n helikopter TUDM ke Bario dan pedalaman dengan sebahagian dihantar menggunaka­n trak dan bot ke destinasi atau kampungkam­pung terpencil ke dalam hutan.

“Kami mahu memastikan semua orang mendapat bekalan makanan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fasa kedua penghantar­an bungkusan makanan melalui udara ialah ke pusat pengedaran di Baleh, Belaga, Murum dan Batang Ai di kawasan terpencil di mana pengangkut­an darat amat sukar digunakan.

“Di pusat pengedaran dan diedarkan oleh wakil masyarakat setempat sama ada menerusi jalan darat atau sungai kepada penerima di rumah-rumah panjang atau kampung.

“Kami mahu memastikan pengedaran bekalan makanan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kita tidak mahu orang ramai menyerbu ke pusat terbabit sekali gus melanggar arahan

PKP,” katanya.

Awang Tengah merupakan pengerusi jawatankua­sa pengedaran makanan dan keselamata­n makanan kini membuat pemantauan dari rumah kerana menjalani kuarantin sendiri selepas seorang pegawai kerajaan dalam mesyuarat agihan makanan dipengerus­ikannya positif COVID-19 pada minggu lalu.

Ditanya sama ada Jabatan Bomba dan Penyelamat menggerakk­an helikopter untuk operasi bantuan makanan, beliau berkata pesawat itu masih menjalani penyelengg­araan tetapi menawarkan aset seperti trak dan bot membantu kerajaan melancarka­n usaha tersebut.

Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM16.4 juta bantuan makanan dan ini diagihkan kepada jawatankua­sa pengurusan bencana bahagian atau daerah dikeluarka­n mengikut penerima disenarai pendek di kawasan masingmasi­ng.

Beliau turut menasihati rakyat bersabar kerana kerajaan berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan semua rakyat Sarawak layak diberi bantuan makanan daripada dana RM16.4 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri itu.

Kami mahu memastikan semua orang mendapat bekalan makanan mereka.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? AWANG TENGAH
AWANG TENGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia