Utusan Borneo (Sarawak)

Individu ada kontak dengan empat kumpulan dimohon buat saringan

-

KUCHING: Individu yang ada kontak dengan empat kumpulan yang ada kaitan dengan COVID-19 dimohon untuk datang membuat saringan dengan kadar segera.

Empat kumpulan tersebut ialah Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam Sarawak (MIS) pada 10 Mac 2020 di Dewan Suarah Kota Samarahan, kontak kepada kluster staf dan pelajar SMK Kota Samarahan, kluster Good News Fellowship dan individu yang terdedah kepada pesakit COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Hui Hian menerusi Facebookny­a merayu kepada individu yang ada kontak dengan mana-mana kumpulan ini untuk segera tampilkan diri.

“Tolong tampilkan diri untuk dinilai dan diuji. Tidak ada stigma. Sudah pasti bukan salah anda,” rayunya. Tambah Dr Sim dengan tampil membuat saringan, mereka dapat menyelamat­kan diri sendiri, keluarga serta rakyat Sarawak secara keseluruha­nnya.

Lebih penting menurut Dr Sim, ia akan membantu menghentik­an COVID-19 di Sarawak daripada menuju ke arah situasi di Itali, Sepanyol,

United Kingdom atau Amerika Syarikat.

“Setiap orang ada peranan masing-masing dan tolong mainkan peranan anda dengan serius,” ujar Dr Sim.

Dalam pada itu Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dalam satu notis pengumuman yang dikongsika­n Dr Sim menerusi Facebookny­a meminta mereka yang ada kontak dengan empat kumpulan ini untuk datang membuat saringan COVID-19 segera.

Saringan boleh dibuat di Dewan Suarah Kota Samarahan dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi dan 1 petang hingga 3 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat termasuk Sabtu dan Ahad mulai 6 April 2020.

Maklumat lanjut serta pertanyaan sila hubungi Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan di talian 082-672101.

 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia