Utusan Borneo (Sarawak)

MASkargo tolong ‘terbangkan’ Projek Amal Kotak Intubasi

-

KUCHING: MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) baru-baru ini membantu menghantar beberapa kotak intubasi untuk petugas barisan hadapan yang bekerja di hospital kerajaan dan berurusan dengan pesakit COVID-19.

Penghantar­an itu adalah hasil daripada inisiatif yang dikenali sebagai ‘The Acrylic Intubation Box Charity Project’ oleh pasukan doktor pakar anestesia atau pakar bius di Hospital Pakar KPJ Rawang.

Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Ibrahim Mohamed Salleh dalam satu kenyataan berkata, para doktor tersebut mempunyai inisiatif hebat tetapi mereka menghadapi masalah dengan penghantar­an disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan untuk membendung penularan virus.

“Mereka kemudian memohon bantuan MASkargo untuk menghantar 14 kotak intubasi ke Kota Bharu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

“Memandangk­an kami beroperasi di lapangan terbang tersebut, kami bersetuju menghantar kotak itu sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR),” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ibrahim mengucapka­n terima kasih kepada semua penderma dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas sumbangan yang diberikan.

“Pasukan di Malaysia Aviation Group bekerja keras untuk kesejahter­aan anda, jadi sila duduk di rumah untuk kami semua,” kata Ibrahim.

Sementara itu, menurut Dr Kamal Bashar Abu Bakar, seorang daripada doktor pakar bius di KPJ Rawang, objektif utama projek ini adalah untuk menyokong hospital kerajaan dalam menangani krisis wabak COVID-19 di Malaysia.

“Pasukan projek berkenaan membantu dalam memudahkan urusan pesakit,” katanya.

Menurutnya juga, kotak intubasi akan diedarkan kepada tujuh hospital kerajaan.

“Ia termasuk Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Oueen Elizabeth, Hospital Kota Kinabalu, Hospital Umum Sarawak Kuching, Hospital Melaka & Hospital UiTM Selayang.

“Pasukan Anestesia dan pengurusan KPJ Rawang berterima kasih kepada pengurusan MASkargo dan Malaysia Airlines Berhad,

IKRAM, Sky Advertisin­g dan Alumni Jenan, Luqman Hakeem atas sokongan dan sumbangan mereka dalam menjayakan projek ini,” ujar Dr Kamal lagi.

Kotak untuk Johor, Sabah dan Sarawak telah diterbangk­an pada 3 April manakala selebihnya dihantar pada hari berikutnya untuk Kelantan.

Selain Dr Kamal, pasukan doktor pakar anestesia Hospital Pakar KPJ Rawang turut diketuai Dr Fatmawati Noseri dan Dr Sabri Dewa.

Mereka bekerjasam­a dengan Alumni Perintis PKP MRSM Kulim Dr Suzanna Daud dan Nor Hayati Mohd Yusof daripada IKRAM Malaysia.

Dalam pada itu, 94 unit ventilator selamat tiba pada malam Ahad menerusi pesawat penerbanga­n MH389 yang mendarat di KLIA pada jam 9 malam.

Ia akan diedarkan ke hospital yang mengendali­kan kes COVID-19 di seluruh negara.

 ??  ?? UNTUK SARAWAK: Kotak intubasi yang dihantar ke Hospital Umum Sarawak.
UNTUK SARAWAK: Kotak intubasi yang dihantar ke Hospital Umum Sarawak.
 ??  ?? HANTAR: Kotak-kotak dimasukkan ke dalam pesawat Malaysia Airlines.
HANTAR: Kotak-kotak dimasukkan ke dalam pesawat Malaysia Airlines.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia