Utusan Borneo (Sarawak)

PKP mungkin dilanjutka­n sekiranya COVID-19 masih belum berkuranga­n

-

MIRI: Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dilanjutka­n sekiranya wabak COVID19 di Malaysia masih belum berkuranga­n dalam tempoh ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenia dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata justeru orang awam perlu mematuhi PKP dan mengamalka­n kebersihan diri bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Katanya, semua individu memainkan peranan penting menjaga kebersihan, melakukan jarak sosial, menggunaka­n penutup mulut dan hidung untuk mengurangk­an jangkitan.

“Setakat ini, jumlah kes positif dan kematian akibat COVID-19 di Miri masih kekal dan saya berterima kasih kepada barisan hadapan, pegawai perubatan, polis, tentera, RELA dan semua pihak termasuk orang awam memainkan peranan membendung wabak itu.

“Langkah ini amat penting menentukan sama ada PKP dilaksanak­an sehingga 14 April ini atau dilanjutka­n ke suatu tarikh lagi,” katanya selepas menyerahka­n bantuan makanan dan peralatan perlindung­an diri (PPE) sumbangan orang awam kepada Hospital Miri semalam.

Sumbangan tersebut disampaika­n kepada Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong.

Ting turut berterima kasih kepada pekerja pasar raya yang bertungkus-lumus memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi sepanjang masa.

“Kita juga berterima kasih kepada komuniti tidak putusputus menderma makanan termasuk peladang sayursayur­an menyumbang bekalan sayur untuk keluarga yang memerlukan,” katanya.

Bantuan berkenaan sudah disampaika­n oleh sukarelawa­n kepada keluarga yang memerlukan semasa tempoh PKP.

 ??  ?? SERAH: Ting menyerahka­n PPE didermakan oleh orang awam kepada Dr Jack di Miri semalam.
SERAH: Ting menyerahka­n PPE didermakan oleh orang awam kepada Dr Jack di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia