Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pakar kardiologi di Pusat Jantung HUS positif COVID-19

-

KUCING: Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Chin Zin Hing telah mengesahka­n bahawa pakar kardiologi di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah negatif COVID-19.

Beliau menerusi kenyataann­ya semalam memberitah­u ujian Imunoglobu­lin G (IgG) pakar kardiologi berkenaan positif, tetapi pada ujian reaksi polimerase (PCR) kemudianny­a yang lebih tepat, menunjukka­n bahawa dia negatif terhadap virus itu.

“Apabila PCR dijalankan terhadap beliau ia menunjukka­n keputusan negatif. Justeru tidak ada pakar kardiologi di Pusat Jantung Sarawak yang telah diuji positif dengan virus itu,” kata Dr Chin.

Beliau membalas komen Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian semalam yang berkata ujian IgG rakannya itu positif yang menyebabka­n beliau sendiri turut menjalani saringan ujian COVID-19.

Dr Sim bersama beberapa menteri lain sebelum ini telah diarahkan oleh Kementeria­n Kesihatan untuk menjalani kuarantin di rumah selepas mempunyai hubungan terus dengan seseorang yang positif virus berkenaan Jumaat lalu.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil telah menjalani ujian dan didapati positifCIV­ID-19danmenja­lani kuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak lewat Khamis lepas.

Dr Jerip, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong mendapat jangkitan terbabit daripadasa­lahseorang­daripada kluster Good News Fellowship Conference Church.

Sebelum itu, dua Ahli Parlimen Sarawak daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dari Sarikei, Andrew Wong dan Bandar Kuching Dr Kelvin Yii juga diuji positif COVID-19.

Sabtu lepas, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang juga diuji positif virus berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia