Utusan Borneo (Sarawak)

Pemantauan, kawalan lebih rapi di Kota Samarahan

Ia berikutan kadar jangkitan COVID-19 yang semakin bertambah setiap hari di bahagian itu: Abdul Karim

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pemantauan dan kawalan lebih rapi akan dilakukan di Kota Samarahan berikutan kadar jangkitan COVID-19 yang semakin bertambah setiap hari di bahagian itu.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemantauan dan kawalan lebih rapi itu akan dilakukan pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 hingga 14 April.

“Kadar jangkitan COVID19 di Kota Samarahan yang semakin bertambah memerlukan pemantauan dan kawalan yang lebih rapi di kawasan tersebut bagi mengawal penambahan kadar jangkitan di bahagian ini.

“Mereka yang telah menghadiri beberapa majlis dan ada kontak dengan kluster COVID-19 di Samarahan seperti Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang pada 10 Mac 2020 di Dewan Suarah Kota Samarahan, kontak dengan kluster staf dan pelajar SMK Kota Samarahan dan kontak kepada kluster Good News Fellowship hendaklah tampil membuat saringan pada kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini semalam.

Sehingga semalam 14 kawasan lokaliti jangkitan

COVID-19 dikenal pasti di Kota Samarahan iaitu Kampung Tanjung Bundong, Kampung Sungai Empit, Taman Desa Ilmu, Jalan Muara Tuang Park, Lorong 22 Desa Ilmu, Lorong 7, Taman Palm Villa, Taman Samarindah Fasa 3B, Jalan Dato Mohd Musa, Lorong 22E4 Taman Desa Ilmu, Lorong 22 Desa Ilmu, Jalan

Lot Fasa 1 Kampung Tanjung Bundong, Lorong 22 Desa Ilmu, Lorong 12C Uni Garden, Taman Samarindah Fasa 3B Jalan Dato Mohd Musa dan Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya.

“JPBN Sarawak ingin mengingatk­an orang ramai agar berwaspada dan mematuhi kaedah-kaedah yang telah dimaklumka­n di bawah

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

PKP. Sentiasa berada di rumah, hanya keluar kalau ada hal penting seperti membeli makanan dan ke klinik.

“Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat mengawal penularan penyakit ini di Sarawak dan Malaysia,” ujarnya.

Kuching dan Kota Samarahan dikategori sebagai Zon Merah jangkitan COVID-19 manakala Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang Zon Kuning manakala Kapit satu-satu bahagian di negeri ini yang dikategori sebagai Zon Hijau.

Terdahulu Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata sembilan lagi kes baharu positif COVID-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kes di negeri ini sebanyak 273 sejak kes pertama dilaporkan pada 13 Mac 2020.’

Menurutnya daripada jumlah itu lapan kes dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan satu kes di Hospital Bintulu.

“Pada hari ini, 76 kes baharu orang disyaki (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruha­n 1,705 kes, daripada jumlah itu, 1,358 kes negatif dan 74 lagi masih menunggu keputusan makmal.

“Kuching merekodkan jumlah kes PUI tertinggi hari ini iaitu 56 diikuti Samarahan (lapan), Serian, Miri, Bintulu (masing-masing tiga) Bau (dua) dan Simunjan (satu),” katanya.

Mengenai pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) Abdul Karim berkata sehingga hari ini ialah 96 peratus dan polis telah menangkap 26 orang di seluruh negeri kerana melanggar PKP pada Ahad.

Selain itu beliau memberitah­u bermula Ahad semua rakyat Sarawak yang pulang dari luar negara, Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan akan dikuaranti­n di pusat kuarantin yang telah ditetapkan di lokasi mereka tiba.

Di Kuching katanya rakyat Sarawak yang tiba dari luar negeri, Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan akan ditempatka­n di Hotel Hock Lee seramai 87 orang manakala Hotel Mega dan Hotel Somerset menempat mereka yang tiba di Miri melibat jumlah PUI 68 dan 26 masing-masing.

Abdul karim juga berkata bilangan penerbanga­n dari Labuan ke Miri dikurangka­n daripada tiga kepada satu sepanjang tempoh PKP.

“Kita menghentik­an sementara penerbanga­n Kuala Lumpur-Sibu-Kuala Lumpur kerana masih mencari pusat kuarantin untuk mengkuaran­tin rakyat Sarawak yang tiba di Sibu,” jelasnya.

Kadar jangkitan COVID-19 di Kota Samarahan yang semakin bertambah memerlukan pemantauan dan kawalan yang lebih rapi di kawasan tersebut bagi mengawal penambahan kadar jangkitan di bahagian ini.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

 ?? — Gambar UKAS ?? MAKLUMAN: Abdul Karim pada sidang media mengenai perkembang­an COVID-19 di Sarawak semalam.
— Gambar UKAS MAKLUMAN: Abdul Karim pada sidang media mengenai perkembang­an COVID-19 di Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia