Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan tuding jari kepada mana-mana pihak berhubung kes COVID-19

-

KUCHING: Masyarakat diingatkan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung kes COVID-19 bagi kluster Itali dari Kampung Patingan di sini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak ada seorang pun yang mahu dijangkiti penyakit maut itu.

“Bagi kes (positif COVID19) di Kampung Patingan yang berkaitan kes import dari Itali...penyakit ini tidak memilih bangsa dan agama. Apa yang berlaku (ke atas pesakit) bukan suatu yang diinginkan. Tiada seorang pun mahu perkara ini berlaku ke atas mereka.

“Oleh itu tidak perlulah menuding jari kepada sesiapa pun dan membesar-besarkan isu ini sehingga menyebabka­n ada pihak yang terganggu atau masyarakat berasa bimbang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mewakili Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah di sini, semalam.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian sebagai mengulas mengenai pendedahan dibuat Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad mengenai kes COVID-19 melibatkan satu keluarga di Kampung Patingan.

Dr Noor Hisham berkata Kementeria­n Kesihatan Malaysia

(KKM) mendapati wujud kluster terbaharu bagi pesakit 1,580 (dari Kampung Patingan) iaitu kluster dari Kuching.

“Daripada kluster ini, kirakira 37 orang diuji positif COVID-19 dan lima kematian dan satu lagi kes kritikal yang kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi .

“Kluster ini menjangkit­i mangsa sehingga ke generasi ketiga,” katanya pada sidang media kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia