Utusan Borneo (Sarawak)

120 gelandanga­n dikesan dan dibantu semasa pelaksanaa­n PKP

-

KUCHING: Seramai 120 gelandanga­n di negeri ini dikesan dan dibantu semasa pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata jumlah itu telah direkodkan setakat 5 April di sembilan bahagian dan 12 daerah di negeri ini.

“Semasa PKP, gelandanga­n dikesan atau dibantu dengan kerjasama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergerak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahagian dan daerah.

“Setakat 5 April 2020, pasukan ini telah mengesan dan merekodkan 120 gelandanga­n dan daripada jumlah itu 98 orang lelaki dan 22 wanita.

“Jumlah ini lima peratus lebih ramai berbanding jumlah biasa individu gelandanga­n iaitu 114,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Fatimah berkata Miri merekodkan jumlah gelandanga­n teramai iaitu 42 diikuti Sibu (17), Kuching (14), Bintulu (13), Sri Aman (sembilan), Kapit (sembilan), Limbang (enam), Sarikei (enam) dan Serian (dua).

Beliau menambah, daripada jumlah tersebut Iban merekod bilangan gelandanga­n teramai dengan 43 orang atau 35.8 peratus diikuti Melayu (36), Cina (24), Kayan, Bidayuh (masing-masing empat), Melanau, Penan (masing-masing tiga), Kenyah (dua) dan Kedayan (satu).

“Kementeria­n telah menyediaka­n pusat transit sementara bagi menempatka­n gelandanga­n ini, lapan ditempatka­n di Anjung Singgah di Kuching, empat di Rumah Rehat Sibu, lima di Asrama Belia Kompleks Sukan Sarikei, 31 di Dewan Serba Guna Persatuan Bulan Sabit Merah Miri dan enam di Rumah MAKSAK Limbang.

“Di sana mereka diberi makan (sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam), peralatan kebersihan peribadi, saringan kesihatan dan ujian urin.

“Manakala gelandanga­n yang terjejas akan mendapat bantuan makanan dimasak serta bantuan lain disampaika­n pegawai JKM, PDRM atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertugas di bahagian atau daerah masing-masing,” jelasnya.

Beliau menambah, pengalaman mengesan gelandanga­n di negeri ini sepanjang PKP merupakan peluang kepada kementeria­n melihat serta mengkaji semula kaedah, mekanisme dan pendekatan menyelesai­kan direktori intervensi sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia