Utusan Borneo (Sarawak)

Digi tawar insurans COVID-19 percuma kepada 200,000 pelanggan pertama

-

KUCHING: Dalam usaha menangani wabak COVID-19, Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) tampil dengan tawaran insurans COVID Cover secara percuma bagi 200,000 pelanggan yang pertama.

Ia adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memastikan para pelanggan terus berhubung, selain melindungi pelanggan melalui sebuah pelan insurans digital yang mampu milik dan mudah untuk dilanggan.

Jelas Digi dalam satu kenyataan semalam, COVID Cover menawarkan perlindung­an komprehens­if jangka pendek bagi pelanggan yang mungkin perlu dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan ketika krisis COVID-19 terus meruncing.

Menurutnya juga, pelanggan kini boleh melindungi diri mereka dengan mudah melalui aplikasi MyDigi.

“Ditaja jamin oleh Gibraltar BSN, COVID Cover ialah pelan insurans digital yang terbuka kepada pelanggan Malaysia berusia antara 18 hingga 60 tahun.

“Pelanggan yang berminat boleh membuat pendaftara­n dengan mudah tanpa perlu menjalani sebarang pemeriksaa­n kesihatan,” ujarnya.

Jelasnya juga, tawaran pelan COVID Cover percuma akan memberikan pelanggan perlindung­an selama 30 hari setelah permohonan mereka diluluskan.

“Liputan tersebut merangkumi manfaat Tunai Hospital berjumlah RM60 bagi hospitalis­asi akibat COVID-19 serta manfaat kematian berjumlah RM20,000,” katanya.

Jelas Digi, tawaran ini dibuka sehingga 30 April 2020 atau sehingga kesemua 200,000 pelan telah dilanggan.

“Sebagai contoh, jika individu melanggan COVID Cover pada 30 April 2020, mereka akan dilindungi sehingga 30 Mei 2020.

“Selepas tempoh itu, pelanggan tersebut akan dimaklumka­n melalui SMS atau e-mel bahawa insurans mereka akan luput dan akan menyaranka­n langganan semula dengan bayaran yang berpatutan melalui MyDigi, sekiranya pelanggan masih berminat untuk melanjutka­n tempoh perlindung­an insurans COVID Cover,” katanya.

Sementara itu, bagi 200,000 pelanggan yang seterusnya, mereka masih boleh dilindungi dengan serendah RM5 sebulan.

“Bagi pelanggan yang terlepas tawaran percuma ini, mereka masih boleh melanggan mana-mana pakej insurans mampu milik yang lain, dari harga serendah RM5 hingga RM20 untuk tempoh 30 hari.

“Kesemua pelan menawarkan pelindunga­n menyeluruh yang merangkumi manfaat Tunai Penghospit­alan, Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), termasuk manfaat tambahan sekiranya pelanggan menghidap denggi atau zika,” katanya.

Premium bulanan boleh dibayar melalui bil telefon bagi pelanggan pascabayar atau ditolak daripada kredit prabayar bagi pelanggan prabayar.

Bukan pengguna Digi juga boleh mendapatka­n manfaat daripada COVID Cover.

Pelan insurans COVID Cover juga ditawarkan bagi mereka yang bukan pengguna Digi melalui www.easyadd. my. Pembayaran boleh dilakukan menerusi kad debit dan kredit.

MIRI: Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin mencadangk­an agar Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediaka­n lokasi tetap untuk gelandanga­n tinggal selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, dalam tempoh PKP ini 37 gelandanga­n kini tinggal sementara di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri di Jalan Bulan Sabit.

“Selepas tamat PKP nanti, mereka tiada tempat tinggal. Kita tidak mahu mereka merayau-rayau tanpa hala tuju di pusat bandar kerana ia memberi imej yang tidak baik.

“Justeru saya mahu JKM menyediaka­n satu tempat tetap untuk membolehka­n mereka ditempatka­n dengan selamat dan selesa,” kata Lee semasa meninjau keperluan gelandanga­n di Dewan PBSM Cabang Miri dekat sini, semalam.

Lawatan itu bagi meninjau keperluan seperti pembahagia­n makan minum dan ubatan yang dikendalik­an jawatankua­sa bertugas.

Lee menambah, seramai 37 gelandanga­n berjaya ditemui dan diselamatk­an dalam Operasi Menyelamat­kan Gelandanga­n anjuran bersama pihak polis, RELA, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri, PBSM serta Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

Operasi ini untuk memastikan mereka dilindungi serta diberi makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka yang tinggal sementara di dewan ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan penghuni yang paling muda lapan tahun. Mereka turut menjalani saringan dan pemeriksaa­n kesihatan,” kata Lee.

Turut serta Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

 ??  ?? PRIHATIN: Lee (kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada salah seorang gelandanga­n yang ditempatka­n di Dewan PBSM Cabang Miri, kelihatan sama Abdul Aziz (dua kanan).
PRIHATIN: Lee (kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada salah seorang gelandanga­n yang ditempatka­n di Dewan PBSM Cabang Miri, kelihatan sama Abdul Aziz (dua kanan).
 ??  ?? INSURANS PERCUMA: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) tampil dengan tawaran insurans COVID Cover.
INSURANS PERCUMA: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) tampil dengan tawaran insurans COVID Cover.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia