Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak terlibat perkhidmat­an penting wajib pertingkat kawalan keselamata­n

-

MIRI: Pihak terlibat dalam perkhidmat­an penting wajib memperting­kat kawalan keselamata­n menyediaka­n alat saringan suhu badan dan pencuci tangan dengan kandungan alkohol bagi membunuh bakteria di pintu masuk atau kawasan mereka.

Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang berkata, mereka perlu sentiasa mengambil suhu badan dan sekiranya suhu badan melebihi paras biasa, hendaklah menghubung­i Pejabat Kesihatan atau hospital terdekat.

Menurutnya, untuk mengelak jangkitan dan penularan COVID-19, pihak terbabit hendaklah memastikan garis panduan amalanterb­aikmelaksa­nakan penjarakan sosial antara satu sama lain seperti diarahkan oleh kerajaan.

“Kita sedar kesulitan dihadapi tetapi hendaklah sentiasa mengutamak­an keselamata­n diri. Kita sedang melawan musuh ‘halimunan’ tidak dapat dilihat dan boleh menyebabka­n kematian,” katanyadal­amsatukeny­ataan di sini kelmarin.

Beliau memberitah­u demikian ketika mengulas isu menyaksika­n orang awam mengerumun­i sebuah pusat khidmat wakil rakyat kerana salah faham mengenai agihan bantuan makanan diberikan.

“Saya terpanggil mengingatk­an bahaya wabak COVID-19 apabila terbaca sebuah portal online tempatan, kejadian berlaku apabila lebih 100 penduduk berbaris menunggu bantuan keperluan asas di hadapan Pusat Khidmat tanpa menghirauk­an arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Menurut berita itu, orang ramai kelihatan bersesak-sesak beratur menunggu, beranggapa­n bantuan diagihkan dan mereka kemudian menyerbu kakitangan menyusun barang,” katanya.

Naib Presiden PKR itu berkata, setiap rakyat harus mengambil tanggungja­wab mencegahja­ngkitanCOV­ID19 ini dan harus membasuh tangan dengan kerap dan jangan sentuh muka serta tidak berjabat tangan bagi mengelak penularan virus.

“Perlu diberi perhatian berikutan virus ini boleh berjangkit melalui sentuhan dan tidak melalui udara. Amalkan guna topeng muka jika di tempat awam untuk mengawal atau mengelak jangkitan COVID-19.

“Pada saat mencabar akibat wabak COVID-19, saya menggesa supaya kita semua memberi kerjasama serta sokongan padu kepada

Kementeria­n Kesihatan dan patuh PKP,” jelasnya.

Jugah berkata, pelaksanaa­n PKP di seluruh negara mulai 18 hingga 31 Mac dan dilanjutka­n hingga 14 April ini menunjukka­n kerajaan serius membendung wabak COVID-19.

 ??  ?? JUGAH
JUGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia