Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga akur tiada bazar Ramadan tahun ini

Kerajaan negeri tidak benarkan penganjura­n bazar Ramadan bagi bendung penularan wabak COVID-19

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kami akur malah menyokong keputusan kerajaan tidak mengadakan bazar Ramadan tahun ini dan terpaksa menggunaka­n alternatif lain dengan berniaga secara dalam talian atau penghantar­an terus ke rumah kerana langkah itu yang terbaik demi menyelamat­kan nyawa.

KUCHING: Golongan peniaga di Sarawak akur dengan keputusan kerajaan negeri yang tidak membenarka­n sebarang penganjura­n bazar Ramadan tahun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Sarawak (PPPS) Mohd Ariffin Abdullah berkata, meskipun ada segelintir peniaga yang mengeluh dengan arahan terbabit namun mereka tiada pilihan kerana wabak itu mengancam nyawa rakyat.

“Kami akur malah menyokong keputusan kerajaan tidak mengadakan bazar Ramadan tahun ini dan terpaksa menggunaka­n alternatif lain dengan berniaga secara dalam talian atau penghantar­an terus ke rumah kerana langkah itu yang terbaik demi menyelamat­kan nyawa.

“Memang tidak dinafikan ada segelintir peniaga yang merungut kerana sudah membuat persiapan untuk berniaga ketika Ramadan,

Mohd Ariffin Abdullah

Presiden PPPS

namun mereka faham mengenai fenomena yang melanda negara ketika ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Walaupun menyedari ketiadaan bazar Ramadan akan menyebabka­n kehilangan pendapatan peniaga dan penjaja tetapi katanya, demi kelangsung­an melawan COVID-19, mereka pasrah dan patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ditanya mengenai saranan kerajaan negeri dalam menggalakk­an peniaga berjual beli menggunaka­n teknologi menerusi e-bazar, Mohd Ariffin berkata, pihaknya menyambut baik langkah tersebut.

“Malah, PPPS yang merupakan salah satu daripada ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia sedang membangunk­an platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya bagi memberi peluang mereka berniaga secara dalam talian.

“Di Bintulu sudah ada inisiatif mewujudkan e-bazar melalui WhatsApp yang kini mempunyai lebih 4,000 ahli dan saya syorkan setiap kawasan di seluruh negeri mengambil langkah serupa demi meneruskan usaha mencari rezeki,” ujarnya sambil memberitah­u, PPPS kini mempunyai keahlian seramai 1,500 orang sejak 2015.

Sementara itu, peniaga kuih tradisiona­l dan mi, Aladdin Joni, 51 dari Kota Samarahan berkata peniaga sepertinya terkesan dengan pembatalan bazar Ramadan, namun terpaksa akur dengan arahan pihak berkuasa demi kepentinga­n ramai.

Beliau yang sudah lapan tahun berniaga di bazar Ramadan di Batu 7, Kota Sentosa bercadang beroperasi dari rumah dengan mengambil tempahan secara pandu lalu menerusi telefon atau Facebook.

“Kami akan beroperasi dari rumah dan menjual kuih berdasarka­n pemintaan,” katanya.

Bagi peniaga makanan berasaskan mi, Norliza Rabudin, 46, dari Petra Jaya pula berkata, beliau turut menyokong langkah kerajaan untuk tidak mengadakan bazar Ramadan tahun ini.

Beliau mengakui ketiadaan bazar Ramadan memberi kesan kepada pendapatan­nya yang sebelum ini boleh mendapat keuntungan sehingga RM700 sehari tetapi kini terpaksa mencari alternatif lain untuk berniaga dengan selamat dan salah satunya adalah dengan menerima tempahan secara dalam talian.

 ??  ?? MOHD ARIFFIN
MOHD ARIFFIN
 ??  ?? NORLIZA
NORLIZA
 ??  ?? ALADDIN
ALADDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia