Utusan Borneo (Sarawak)

Lukanisman cadang bazar dalam talian sempena Ramadan dan Gawai

-

MIRI: Golongan peniaga di bazar Ramadan dan Gawai Dayak disarankan berniaga secara dalam talian untuk meneruskan kelangsung­an perniagaan mereka berikutan keputusan kerajaan membatalka­n penganjura­n kedua-dua bazar itu di negeri ini.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, keputusan yang dibuat kerajaan itu merupakan satu langkah tepat dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.

Katanya, pembatalan itu dibuat setelah mengambil kira tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutka­n sehingga 14 April ini dan ketidakpas­tian keadaan semasa.

“Saya faham ramai pihak yang terjejas berikutan keputusan itu namun ia dilakukan untuk kebaikan semua pihak.

“Sehubungan itu saya menyaranka­n agar golongan peniaga di kedua-dua bazar berkenaan memikirkan alternatif lain seperti memanfaatk­an media sosial seperti laman Facebook e-Bazaar Miri 2020 untuk menjual produk masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahka­n bantuan keperluan harian kepada kakitangan di Penjara Pusat Miri dan penduduk Kampung Padang

Liku Batu 8 Lambir di sini semalam.

Selain itu menurut Lukanisman, pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) juga harus menggunaka­n hAb inovasi yang terdapat di setiap bahagian di Sarawak untuk mewujudkan tempat pasaran elektronik yang bersifat setempat bagi membolehka­n para peniaga menghantar produk mereka untuk dijual sama seperti yang dilakukan di Lazada atau Shoppee.

“Saya juga mencadangk­an kepada kerajaan agar kemudahan pembayaran Sarawak Pay dapat diperluask­an bagi memudahkan urusan jual beli secara dalam talian,” katanya.

Beliau juga menambah kata, sekiranya konsep perniagaan secara dalam talian ini diperluask­an, ia turut memberi manfaat serta peluang pekerjaan kepada penyedia perkhidmat­an e-hailing dan pengendara dan pada masa sama dapat mengawal harga kerana peniaga tidak memerlukan kos tinggi menyewa tapak perniagaan sebaliknya dapat berniaga dari rumah.

Sementara itu, Pengarah Penjara Pusat Miri Penolong Komisioner Achon Tadeng berkata pihaknya sentiasa mengambil langkah berjagajag­a untuk mencegah penularan wabak COVID-19 di penjara termasuk melakukan pemeriksaa­n kesihatan terhadap kakitangan­nya.

“Di samping itu, setiap banduan yang baharu dihukum akan dikuaranti­n untuk tujuan pemeriksaa­n perubatan bagi mencegah penyakit berjangkit dibawa ke penjara.

“Sekiranya ada penghuni yang mempunyai gejala serupa dengan wabak COVID-19, pihak penjara akan menyediaka­n pusat pengasinga­n dan kuarantin untuk mengasingk­an penghuni terbabit sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Selain itu menurut Achon, beberapa langkah penting lain turut diambil termasuk melakukan sanitasi di seluruh kawasan penjara untuk mengelak penularan COVID-19.

Sementara itu, beliau turut memberitah­u bahawa produk penjara masih dijual seperti biasa semasa PKP dan ia boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang Jabatan Penjara Malaysia atau Facebook Vokasional Ppm (untuk Miri sahaja).

Untuk rekod, selain Sarawak beberapa negeri lain yang turut membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan adalah Terengganu, Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Lukanisman (dua kanan) menyerahka­n 179 bungkusan keperluan harian kepada Achon sambil disaksikan kakitangan Penjara Pusat Miri.
TERIMA KASIH: Lukanisman (dua kanan) menyerahka­n 179 bungkusan keperluan harian kepada Achon sambil disaksikan kakitangan Penjara Pusat Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia