Utusan Borneo (Sarawak)

Percepat agihan bantuan makanan tanpa banyak protokol

Masih ada orang awam berpendapa­tan rendah di pinggir dan luar bandar mendakwa tidak mendapat bantuan makanan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Kerajaan perlu mempercepa­t pengagihan bantuan makanan kepada orang awam yang terputus bekalan makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, masih terdapat orang awam berpendapa­tan rendah di pinggir dan luar bandar mendakwa tidak mendapat bantuan makanan.

“Keluarga yang terjejas mendakwa mereka sukar untuk mendapatka­n bekalan makanan kerana mereka perlu mengisi borang dalam talian dan mengambil masa untuk diproses.

“Sudah tentu penduduk kampung yang tidak mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk mengisi dalam talian adalah sukar untuk mendapatka­n bantuan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Malah tambahnya, terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal yang cuba menyalurka­n bantuan secara langsung kepada penerima tetapi tidak dapat melakukann­ya kerana PKP.

“Mereka terpaksa menangguhk­an bantuan serta mencari alternatif lain untuk mengedarka­n sumbangan yang boleh dihantar terus kepada penerima dengan segera,” jelasnya.

PAStambahn­yammengges­a bantuan makanan perlu dilaksanak­an dengan segera dan secara sistematik agar semua sumbangan ke pusat kebajikan dapat diedarkan ke kawasan sasaran tepat pada waktunya.

Menurutnya, bekalan barangan runcit untuk setiap keluarga sekurang

Keluarga yang terjejas mendakwa mereka sukar untuk mendapatka­n bekalan makanan kerana mereka perlu mengisi borang dalam talian dan mengambil masa untuk diproses.

Jofri Jaraiee

kurangnya boleh bertahan selama seminggu atau lebih dalam tempoh PKP.

“Kerajaan perlu memberi kebenaran kepada sukarelawa­n NGO untuk membantu mengedarka­n bekalan makanan kepada mereka yang telah lama

Pesuruhjay­a PAS Sarawak

berlapar,” tegasnya.

Sementara itu, pengagihan sumbangan keperluan asas kepada penduduk Kampung Kuala Suai, Niah berjaya dilaksanak­an.

Sumbangan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri dan NGO Pertubuhan Kebajikan Rumpun Islam Sejagat Miri (KERIS).

Sumbangan daripada dana awam yang diperoleh daripada PAS Bintulu dan PAS Miri khusus untuk pengedaran kepada penduduk kampung yang terputus bekalan makanan.

Turut hadir menyerahka­n sumbangan kepada 13 keluarga di kampung itu ialah Ketua PAS Sibuti Zulaihi Bakar@Anai bersama Setiausaha JKKK Kampung Kuala Suai Yusuf Awang Kerta.

 ??  ?? SEGERA: Zulaihi (tiga kiri) bersama sukarelawa­n yang lain mengumpul seterusnya mengedarka­n makan kepada 13 keluarga di Kampung Kuala Suai, Niah.
SEGERA: Zulaihi (tiga kiri) bersama sukarelawa­n yang lain mengumpul seterusnya mengedarka­n makan kepada 13 keluarga di Kampung Kuala Suai, Niah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia