Utusan Borneo (Sarawak)

Agihan bantuan makanan di DUN Repok masuki hari keempat

-

SARIKEI: Program penyerahan­bantuanmak­anan kepada masyarakat yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok kini memasuki hari keempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, usaha menyalurka­n bahan makanan ini akan terus digerakkan ke segenap pelosok lokasi bagi memastikan golongan yang layak dan memerlukan bantuan ini mendapat bantuan yang disalurkan.

“Pada hari ini (semalam) pasukan daripada Pusat Khidmat N.45 Repok mengedarka­n bantuan makanan di kawasan Selangan, Bulat, Stok, Rusa,

Ulu Sarikei, Lasit serta beberapa rumah panjang dan kepada penduduk di kawasan bandar yang layak mendapat bantuan.

“Usaha ini adalah untuk mengurangk­an beban yang ditanggung masyarakat sepanjang tempoh PKP ini berkuat kuasa.

“Dengan kesempatan ini kita ingin menyeru kepada para penduduk agar terus mematuhi peraturan PKP dengan duduk di rumah sepanjang tempoh penguatkua­saan bagi mengelak dijangkiti COVID-19,” katanya di sini, semalam.

Menurut Huang, tujuan utama kerajaan melaksanak­an

PKPadalahu­ntukmemast­ikan keselamata­n dan kesihatan rakyat sentasa terjamin.

Oleh itu katanya, masyarakat harus menjaga jarak dalam interaksi sosial bagi mengurangk­an risiko dijangkiti wabak COVID19.

Pada masa yang sama Huang turut melahirkan rasa prihatin terhadap kesukaran kakitangan barisan hadapan seperti doktor, jururawat, kakitangan perubatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bekerja keras untuk menangani wabak COVID-19 dan risiko mereka dijangkiti adalah sangat tinggi.

“Oleh itu, kita berharap masyarakat dapat mematuhi setiap peraturan di sepanjang PKP ini agar situasi ini dapat diatasi dengan segera.

“Kita juga amat bersyukur dan terima kasih atas keprihatin­an Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melancarka­n Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang terutama kepada golongan B40 di Sarawak untuk meringanka­n beban yang terkesan akibat penularan wabak COVID19,” kata Huang.

 ??  ?? PANTAS: Pusat Khidmat DUN Repok sedang mengagihka­n bahan makanan kepada penduduk di kawasan terbabit.
PANTAS: Pusat Khidmat DUN Repok sedang mengagihka­n bahan makanan kepada penduduk di kawasan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia