Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM Cawangan Sarawak sumbang gel sanitasi tangan

-

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak telah menyumbang gel sanitasi tangan menggunaka­n kepakaran kakitangan Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Kampus Samarahan 2 di sini.

Kata kenyataan akhbarnya kelmarin, ia dijalankan ekoran keperluan serta permintaan yang mendesak berikutan penularan wabak COVID-19 di semua hospital tempatan di negeri ini.

“Sekumpulan pakar Pusat Pengajian Sains Gunaan, UiTM diketuai Dr Ahmad Lutfi Anis menghasilk­an sebanyak 50,000ml gel sanitasi tangan yang telah dibotolkan untuk agihan ke hospital sekitar Kuching dan Samarahan.

“Proses penghasila­n gel sanitasi tangan bermula Jumaat lepas dengan mengumpul bahan kimia serta perkakasan yang diperlukan,” kata dalam kenyataann­ya itu.

Lebih 200 botol gel sanitasi tangan dengan isipadu 100ml, 150ml dan 500 ml telah dihasilkan.

Kerja pemprosesa­n itu dijalankan di Makmal Kimia Kampus Samarahan 2 dan diselengga­rakan oleh dua pensyarah bidang kimia iaitu Dr Cindy Tan dan Dr Vivien Jong.

Kedua-duanya dibantu Ho Boon Heong, Siti Hajijah,

Edah Kassim dan Fathymah Tukijo.

Produk yang dihasilkan juga mengikut formulasi yang telah disyorkan oleh World Health Organizati­on (WHO).

Penyerahan bahan-bahan tersebut telah diadakan wakil Rektor UiTM Cawangan Sarawak ASP Mazlan Takap dan Dr Kamaruddin Jeraie kepada beberapa pusat yang memerlukan.

Wakil Pusat Kuarantin INTAN Dr Godwinna Chong, Pusat Kuarantin Infra Komander Pusat, Dr Kalaivance dan Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Lee Chong Chern turut hadir untuk majlis penyerahan.

 ??  ?? BANTU: Tenaga pakar Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Kampus Samarahan 2 menghasilk­an gel sanitasi tangan untuk kegunaan beberapa pusat yang memerlukan­nya.
BANTU: Tenaga pakar Pusat Pengajian Sains Gunaan UiTM Kampus Samarahan 2 menghasilk­an gel sanitasi tangan untuk kegunaan beberapa pusat yang memerlukan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia