Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi sanitasi cemar diteruskan di Kuching dan Miri

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawakber­samapihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan lagi operasi sanitasi di sekitar bandar raya Kuching dan Miri semalam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Tiong Ling Hii dalam kenyataan semalam berkata, operasi yang bermula jam 9 pagi itu dijalankan di kawasan tumpuan awam di Kuching dan Miri.

Jelasnya, operasi di Kuching dilaksanak­an di kawasan Tokong Tua Pek Kong, Lebuh Ewe Hai, Lebuh Carpenter, Pusat Penjaja Taman Hui Sing dan Pasar Sungai Apong.

Menurut lagi, operasi itu melibatkan petugas JPBM Sarawak, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan KKM.

Selain tempat awam, beliau memberitah­u, operasi nyah cemar bas yang membawa penumpang yang tiba menerusi penerbanga­n dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke dua bandar di negeri ini turut dijalankan.

“Di Kuching proses nyah kuman bas terlibat dijalankan di Hotel Dormani pada jam 5 petang.

“Manakala di Miri pula, telah dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral jam 10.30 pagi tadi(semalam),” katanya.

Tiong menjelaska­n, penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Miri dari KLIA di kuarantin di pusat kuarantin di bandar raya Miri.

Selain itu, Tiong memberitah­u, JPBM Sarawak turut menjalanka­n operasi nyah cemar melibatkan lima buah rumah serta sebuah rumah pesakit yang positif COVID-19 di Batu Kawa.

Jelasnya, operasi itu disertai petugas dari Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan.

Menurut lagi, sehingga semalam 46 operasi sanitasi telah dijalankan di seluruh Sarawak.

 ??  ?? NYAHKUMAN: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor melakukan operasi sanitasi di Balai Polis dan IPD Bintangor, semalam.
NYAHKUMAN: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor melakukan operasi sanitasi di Balai Polis dan IPD Bintangor, semalam.
 ??  ?? SANITASI: Petugas bomba menjalanka­n semburan nyah kuman bas yang terlibat membawa penumpang yang dikuaranti­n di Miri.
SANITASI: Petugas bomba menjalanka­n semburan nyah kuman bas yang terlibat membawa penumpang yang dikuaranti­n di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia