Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Bas Sekolah Bahagian Miri sampaikan keluhan pengendali

-

MIRI: Sama juga seperti perkhidmat­an pengangkut­an awam yang lain di negeri ini, Persatuan Bas Sekolah Bahagian Miri mula merasakan keadaan yang sukar selepas penutupan sekolah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Pengerusin­ya Rusnah Abdul Hadi berkata, kebanyakan pengendali bas sekolah berdepan dengan situasi yang sukar apabila perkhidmat­an mereka terpaksa dihentikan sementara.

“Sebelum PKP bermula pada 18 Mac, kanak-kanak sekolah sudahpun bercuti kerana cuti penggal persekolah­an selama seminggu yang sepatutnya berakhir pada 20 Mac.

“Namun selepas kebimbanga­n terhadap beberapa kes positif COVID-19 yang dilaporkan di negara ini, kerajaan memutuskan untuk menguatkua­sakan PKP selama 14 hari sejak 18 Mac dan kemudian melanjutka­n tempoh PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan

Borneo di sini, kelmarin.

Ketika ini kebanyakan mereka tidak mempunyai pendapatan kerana tiada bayaran bas yang dipungut daripada pelajar yang menggunaka­n perkhidmat­an bas sekolah.

Rusnah menunjukka­n terdapat kira-kira 100 pengendali bas sekolah di sini dan telah berdaftar dengan persatuan itu sebagai ahli.

Daripada jumlah itu katanya, hanya 54 ahli yang masih aktif dalam perkhidmat­an mereka.

“Ramaianggo­takamiterp­aksa menutup operasi perniagaan mereka kerana tidak dapat bersaingde­nganperkhi­dmatan‘bas sekolah’ haram di bandar.

“Sekarang dengan PKP, pengusaha bas sekolah merasakan kehidupan semakin susah kerana hampir sifar pendapatan bagi kami untuk Mac dan April,” tambahnya.

Mengenai kebimbanga­n ini, beliau sangat berharap kerajaan dapat melihat mekanisme untuk membantu pengusaha bas sekolah.

“Kebanyakan ahli persatuan adalah wanita, mungkin kerajaan boleh melihat kepada keperluank­ebajikanpe­ngusaha bas sekolah, sekurang-kurangnya untuk mengurangk­an kesulitan ahli persatuan kami sepanjang tempoh PKP yang memberi kesan amat teruk,” katanya.

 ??  ?? OPERASI TERHENTI: Pengusaha bas sekolah menghadapi masalah kewangan berikutan penutupan sekolah sejajar dengan PKP akibat wabak COVID-19 ketika ini.
OPERASI TERHENTI: Pengusaha bas sekolah menghadapi masalah kewangan berikutan penutupan sekolah sejajar dengan PKP akibat wabak COVID-19 ketika ini.
 ??  ?? MANFAATKAN: Bekas peserta ASADIA, Sherly Augustine menghabisk­an masa PKP dengan membuat Kain Burie.
MANFAATKAN: Bekas peserta ASADIA, Sherly Augustine menghabisk­an masa PKP dengan membuat Kain Burie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia