Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sertai ‘Kaji Selidik Solidariti’ uji ubat COVID-19

Mengumpul data yang boleh dipercayai, membanding­kan keselamata­n serta keberkesan­an empat protokol rawatan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyertai ‘Kaji Selidik Solidariti’ yang dilancarka­n Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam usaha antarabang­sa untuk menguji beberapa ubat bagi merawat COVID19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kaji selidik itu, yang diselarask­an oleh WHO di seluruh dunia, merupakan usaha julung kali bagi mengumpul data boleh dipercayai dan membanding­kan keselamata­n serta keberkesan­an empat protokol rawatan menggunaka­n kombinasi ubat

Remdesivir, Lopinavir / Ritonavir, Interferon beta, Chloroquin­e dan Hydroxychl­oroquine. “Penyertaan Malaysia dalam kaji selidik sedunia ini dapat membantu dalam pencarian ubat bagi menyelamat­kan nyawa pesakit COVID-19 melalui penilaian keselamata­n dan keberkesan­annya.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyegerak­an proses pelaksanaa­n kaji selidik ubat untuk merawat pesakit COVID-19, yang akan bermula tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sembilan hospital akan terlibat dalam usaha tersebut iaitu Hospital Tuanku Fauziah (Perlis), Hospital Sultanah Bahiyah (Kedah), Hospital Pulau Pinang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Melaka, Hospital Tengku Ampuan Afzan (Pahang), Hospital Umum Sarawak dan Hospital Queen Elizabeth (Sabah).

Kaji selidik itu akan diketuai oleh Pakar Perunding Penyakit Berjangkit di Hospital Pulau Pinang Dr Chow Ting Soo bersama-sama pasukan yang terdiri daripada 16 pakar perubatan penyakit berjangkit dan ahli farmasi sebagai penyelidik bersama di hospital-hospital KKM masing-masing.

Dr Noor Hisham berkata Institut Penyelidik­an Klinikal (ICR) KKM dan Clinical Research Malaysia (CRM) akan membantu memudahkan pelaksanaa­n inisiatif kaji selidik WHO di Malaysia.

“Kaji selidik tersebut akan mematuhi semua piawaian keselamata­n yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),” katanya.

Sementara itu, Ketua Misi dan Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Ying-Ru Lo berkata pandemik global itu telah menjejaska­n lebih 180 negara dan kaji selidik satu daripada ubat-ubatan berkenaan menjadi harapan terbaik untuk merawat orang yang dijangkiti COVID-19.

“Inilah peluang kita, sebagai sebuah komuniti global, untuk menentang gelombang pandemik ini. Malaysia akan menjadi rakan kongsi yang penting dalam kaji selidik ini untuk menilai rawatan yang berpotensi yang lebih berkesan, dan menyelamat­kan nyawa dalam pertempura­n global untuk melawan virus ini,” kata beliau dalam kenyataan sama. — Bernama

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyegerak­an proses pelaksanaa­n kaji selidik ubat untuk merawat pesakit COVID-19, yang akan bermula tidak lama lagi.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ?? DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia