Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja Malaysia di Singapura tidak boleh pulang selagi belum dapat kelulusan bebas COVID-19

-

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura tidak boleh pulang selagi tidak mendapat kelulusan bebas daripada COVID-19 yang dikeluarka­n kerajaan negara jiran itu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata itu adalah perjanjian awal antara keduadua negara berkenaan yang dipersetuj­ui sebelum ini, iaitu rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu perlu menjalani saringan sebelum dibenarkan pulang.

“Ada sedikit perubahan dalam perjanjian itu... kumpulan kerja membabitka­n Kementeria­n Sumber Manusia akan berunding dari segi syarat-syarat tertentu yang baharu. Insya-Allah esok (hari ini) Kementeria­n Luar akan maklumkan.

“Setakat ini, kita memang tidak benarkan rakyat kita masuk (pulang) ke negara kita,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Khas Kabinet di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media berhubung pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura dijangka mula bergerak balik semalam, termasuk dengan berjalan kaki merentasi Tambak Johor susulan republik itu mengambil tindakan tegas menutup sekolah dan beberapa sektor bagi menghentik­an penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata pelarian Rohingya yang ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis di Langkawi kelmarin akan menjalani proses kuarantin di Langkawi.

Beliau berkata Kementeria­n Luar, Jabatan Imigresen

dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan dipertangg­ungjawabka­n untuk membantu pelarian berkenaan menyelesai­kan isu dihadapi mereka.

“Oleh kerana mereka telah pun berada di negara kita, di perairan kita, maka itu jadi tanggungaw­ab kita untuk menjaga kepentinga­n mereka, oleh itu mereka akan dikuaranti­n di Langkawi,” katanya.

Semalam, APMM Kedah dan Perlis menahan sebuah bot yang membawa 202 pendatang asing tanpa izin etnik Rohingya berhampira­n pantai sebuah pusat peranginan di Jalan Pantai Kok, Teluk Nibong, Langkawi.

Bot itu yang dipercayai hanyut ditahan di kedudukan 1.2 batu nautika barat daya, kira-kira 8.45 pagi.

Dalam perkembang­an lain, Ismail Sabri berkata semalam, seramai 925 orang telah dikuaranti­n di 118 pusat kuarantin seluruh negara dan sehingga kini, jumlah yang telah dikuaranti­n adalah seramai 6,698.

Beliau berkata sehingga kini juga tiada isu membabitka­n pusat kuarantin yang timbul malah ramai yang mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kerana menyediaka­n tempat yang dianggap agak selesa untuk mereka dikuaranti­n selama 14 hari.

Ismail Sabri turut menzahirka­n penghargaa­n terhadap mereka yang pulang dari luar negara kerana mematuhi arahan dikeluarka­n kerajaan untuk dikuaranti­n walaupun sedar mereka pastinya merindui keluarga serta kampung halaman masing-masing.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut merakamkan penghargaa­nnya kepada semua petugas barisan hadapan seperti Kementeria­n Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) yang bertugas siang malam tanpa henti dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Terima kasih juga kepada agensi kerajaan lain atas sumbangan sepanjang tempoh PKP antaranya Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan SWcorp,” katanya.

Ismail Sabri meminta rakyat menghargai jasa dan pengorbana­n kesemua mereka dengan mematuhi arahan dikeluarka­n kerajaan seperti duduk di rumah, mengamalka­n jarakan sosial satu meter dan kerap membasuh tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia