Utusan Borneo (Sarawak)

KKM akan keluarkan SOP baharu PKPD

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluark­an prosedur operasi standard (SOP) baharu mengenai kawasan yang akan dikuatkuas­akan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP baharu itu akan lebih fokus kepada kawasan jangkitan COVID-19.

“Kerajaan tidak mahu melibatkan radius yang terlalu luas (apabila PKPD dilaksanak­an),” katanya pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata sebelum ini jika terdapat kes positif di sesebuah kampung, kawasan yang ditutup atau dikenakan PKPD mungkin menjangkau radius 5-6km.

Jelas beliau, KKM sedang meneliti dan membuat penilaian terperinci mengenai beberapa kawasan yang akan dikenakan PKPD selepas ini.

“Ini kerana PKPD bermakna pergerakan dikawal sepenuhnya. Tidak boleh keluar rumah dan membeli barangan,’’ katanya.

Ditanya sama ada PKPD akan dilaksana di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang mencatat hampir 400 kes positif COVID-19 setakat ini, Ismail Sabri berkata pelbagai aspek perlu dikaji terlebih dahulu.

Tiga kawasan yang dikenakan PKPD setakat ini ialah dua kampung di Simpang Renggam, Kluang, Johor; Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Mengenai gambar yang tular di media sosial menunjukka­n orang ramai menyerbu bank bagi mengeluark­an wang masing-masing ekoran Bantuan Prihatin Nasional mula dibayar semalam, Ismail Sabri mengingatk­an masyarakat supaya jangan bersesak di bank.

“Tidak perlu berebut. Ketika berada di bank sekalipun, arahan jarak sosial satu meter masih perlu dipatuhi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ismail Sabri bercakap pada sidang media di bangunan Perdana Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia