Utusan Borneo (Sarawak)

Dua belas penjara seluruh negara bantu jahit PPE petugas kesihatan

-

KUANTAN: Sebanyak 12 penjara di seluruh negara terbabit menghasilk­an peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan semasa mengendali­kan pesakit COVID-19.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata semua bengkel jahit penjara yang terlibat juga memberi keutamaan kepada pembuatan PPE memandangk­an keperluann­ya yang mendesak sekarang ini.

“Tindakan ini sebagai inisiatif Jabatan Penjara untuk membantu meringanka­n beban kerajaan dalam isu menangani COVID-19, selain mengurangk­an risiko yang dihadapi petugas barisan depan khususnya kakitangan kesihatan.

“Kita berterima kasih kepada usaha yang ditunjukka­n penghuni penjara yang bertungkus-lumus setiap hari memastikan bekalan PPE mencukupi dan proses ini juga dilakukan secara sukarela oleh penjara terlibat,” katanya.

Ismail berkata demikian kepada Bernama selepas meninjau proses menghasilk­an PPE oleh Bengkel Jahit Penjara Penor di sini semalam, yang turut dihadiri Pengarah Penjara Pahang Datuk Ab Basir Mohamad dan Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain.

Usaha yang dilakukan itu juga mendapat sokongan daripada kerajaan negeri masingmasi­ng yang menyumbang bahan selain berperanan mengagihka­n PPE yang siap ke hospital yang memerlukan.

“Kita juga bersyukur dengan reaksi positif yang diterima daripada masyarakat apabila mengetahui terdapat penghuni penjara menjahit PPE sebagai sumbangan mereka dalam suasana getir yang dihadapi negara.

“Maklum balas sebegini diharap dapat membantu membuang stigma yang sering dikaitkan dengan penghuni penjara dan semoga masyarakat lebih terbuka menerima semula mereka yang sudah insaf dengan kesilapan sebelum ini,” katanya.

Ismail berkata, kemahiran yang dipelajari dalam penjara juga dilihat membantu bekas banduan memulakan hidup baharu memandangk­an ramai dalam kalangan mereka yang ditemui di bengkel itu berhasrat mahu menjadikan bidang jahitan sebagai sumber pencarian selepas dibebaskan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Dr Ismail melihat banduan Penjara Penor giat menghasilk­an peralatan paling penting buat masa ini iaitu peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendali­kan pesakit COVID-19 semalam.
— Gambar Bernama BANTUAN: Dr Ismail melihat banduan Penjara Penor giat menghasilk­an peralatan paling penting buat masa ini iaitu peralatan perlindung­an diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendali­kan pesakit COVID-19 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia