Utusan Borneo (Sarawak)

Bandar di Ecuador kehabisan keranda akibat krisis COVID-19

-

QUITO: Jumlah kematian yang melambung begitu tinggi akibat COVID-19 di bandar raya kedua Ecuador, Guayaquil, telah menyebabka­n kekurangan keranda, seterusnya memaksa penduduk tempatan untuk menggunaka­n kotak kadbod, kata pihak berkuasa bandar raya itu kelmarin.

Pihak berkuasa di kota pelabuhan Pasifik itu berkata, mereka telah menerima sumbangan sebanyak 1,000 keranda kadbod dari pengeluar tempatan dan menghantar­nya untuk kegunaan di dua perkuburan tempatan.

“Ia adalah untuk membantu mereka memenuhi permintaan.

“Tiada keranda tiada di kota itu, dan kalau ada pun, ia amat mahal,” kata jurucakap dewan bandar raya kepada AFP.

Ahli perniagaan Santiago Olivares, yang memiliki rangkaian pusat pengebumia­n, berkata syarikatny­a tidak dapat menampung permintaan.

“Saya menjual 40 keranda yang ada di cawangan pusat bandar raya, dan 40 lagi dari ibu pejabat saya.

“Saya terpaksa menempah 10 lagi pada hujung minggu dan ia sudah habis,” kata Olivares kepada AFP.

Keranda paling murah sekarang berharga kira-kira AS$400 (RM2,000).

Olivares berkata, perintah berkurung selama 15 jam di bandar raya itu menyumbang kepada kekurangan bahan mentah asas bagi pembuat keranda seperti kayu dan besi.

Pada minggu lepas, penduduk memaparkan video dalam media sosial yang menunjukka­n mayat ditinggalk­an di jalan-jalan di bandar raya Amerika Latin yang paling teruk terjejas akibat pandemik itu.

Kerajaan mengerahka­n anggota tentera untuk mengutip 150 mayat dari jalan raya dan rumah awal minggu ini selepas pekerja rumah mayat di bandar raya itu tidak dapat menjalanka­n kerja dengan cepat.

Keranda kadbod amat membantu dalam menyediaka­n pengebumia­n yang bermaruah bagi orang yang meninggal dunia pada waktu darurat kesihatan ini, tulis pejabat datuk bandar Guayaquil dalam Twitter.

Ecuador melaporkan 3,646 kes koronaviru­s pada Ahad, termasuk 180 kematian, dan kebanyakan­nya berlaku di Guayaquil serta wilayah sekitarnya Guayas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PILU: Seorang wanita menangis di luar hospital Guasmo Sur di Guayaquil, Sabtu lalu selepas menerima berita mengenai kematian ahli keluargany­a akibat COVID-19 pandemic.
— Gambar AFP PILU: Seorang wanita menangis di luar hospital Guasmo Sur di Guayaquil, Sabtu lalu selepas menerima berita mengenai kematian ahli keluargany­a akibat COVID-19 pandemic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia