Utusan Borneo (Sarawak)

Komander tentera laut AS disahkan positif COVID-19

-

WASHINGTON: Komander tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang dipecat selepas membuat rayuan yang menerima publisiti meluas bagi bantuan untuk krunya yang terjejas akibat koronaviru­s, dilaporkan didapati positif COVID-19.

Keputusan saringan Kapten Brett Crozier dilaporkan kelmarin oleh akhbar New York Times, hanya beberapa jam selepas Setiausaha Pertahanan AS Mark Esper mempertaha­nkan pemecatan kapten itu.

Esper memberitah­u ABC, Setiausaha Tentera Laut Thomas Modly membuat keputusan yang sukar apabila memutuskan untuk memecat Crozier daripada memerintah kapal pengangkut pesawat USS Roosevelt, yang kini berlabuh di Guam.

Ditanya tentang laporan bahawa Presiden Donald Trump mahu Crozier dipecat, Esper menjawab, “Ini adalah keputusan setiausaha. Beliau datang dan memberi taklimat kepada saya.”

“Ia adalah keputusan setiausaha. Saya memberitah­unya bahawa saya akan menyokongn­ya.”

Pemecatan itu dikecam meluas sebagai hukuman yang tidak adil dan tidak berperikem­anusiaan ke atas seorang pegawai disegani yang mahu menjaga kebajikan krunya ketika menyeru kepada pegawai tertinggin­ya untuk membenarka­nnya mengosongk­an kapal dengan cepat selepas ia berlabuh di Guam.

“Kita tidak berperang. “Kelasi tidak perlu mati,” tulis Crozier dalam sepucuk surat yang dibocorkan kepada media.

Namun beberapa pegawai kanan Pentagon berkata Crozier melakukan kesilapan apabila membiarkan rayuannya didedahkan kepada umum.

Crozier mempamerka­n penilaian yang amat buruk di tengah-tengah krisis, menyebabka­n ahli keluarga bimbang tanpa keperluan dan memburukka­n rantaian perintah, kata Modly.

Trump, yang bercakap di satu sidang akhbar pada Sabtu lepas, menyokong pemecatan itu.

“Beliau tidak sepatutnya bercakap seperti itu dalam sepucuk surat.

“Saya fikir apa yang beliau buat adalah teruk,” katanya mengenai Crozier.

Akhbar Times, ketika melaporkan keputusan saringan Crozier, memetik dua bekas rakan sekelasnya di Akademi Tentera Laut AS.

Ia menyebut bahawa beliau mula mempamerka­n gejala sebelum meninggalk­an kapal Khamis lepas.

Ratusan kelasi bersorak untuk memberi semangat kepada Crozier ketika beliau meninggalk­an kapal, seperti dilihat dalam video yang tular dengan cepat, ada yang memanggiln­ya seorang wira.

Ahli Demokrat turut mengkritik pemecatan itu dengan tajam.

Calon Demokrat utama bagi jawatan presiden, Joe Biden, mengecam pemecatan itu dan memberitah­u ABC ia hampir bersifat jenayah.

“Saya fikir beliau sepatutnya menerima pujian, bukannya dipecat,” kata bekas naib presiden itu.

Satu kenyataan dari para pemimpin Demokrat dalam Jawatankua­sa Angkatan Tentera Dewan berkata Crozier mungkin tidak menangani perkara itu dengan sempurna, tetapi pemecatann­ya adalah reaksi keterlalua­n.

Esper kelmarin enggan menyatakan sama ada para pemimpin lain di Pentagon bersetuju dengan pemecatan itu, dan hanya memaklumka­n siasatan sedang dijalankan.

Beliau memberitah­u CNN, lebih separuh daripada 4,800 anak kapal Roosevelt kini sudah disaring untuk koronaviru­s. Pada keseluruha­nnya, 155 kelasi didapati positif tetapi tiada yang perlu dimasukkan ke hospital, katanya.

Pemecatan Crozier berlaku ketika Pentagon berusaha, di tengah pandemik yang merebak, untuk memelihara kesiapsiag­aan tentera udara, laut dan udaranya di seluruh dunia.

“Kita terpaksa membatalka­n eksesais.

“Kita terpaksa membataska­n latihan asas, contohnya,” kata Esper, sebelum menambah, “Kita fikir semua itu dapat diurus.”

Sabtu lepas Trump berkata 1,000 kakitangan tentera, kebanyakan­nya doktor dan jururawat, akan dikerahkan untuk membantu di Kota New York, pusat wabak di AS.

Anggota tentera sudah membantu di Pusat Konvensyen Javits, yang telah diubah menjadi hospital besar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? POSITIF: Gambar serahan Tentera Laut AS menunjukka­n Crozier berucap di atas dek USS Theodore Roosevelt di San Diego, California pada 1 November tahun lepas.
— Gambar AFP POSITIF: Gambar serahan Tentera Laut AS menunjukka­n Crozier berucap di atas dek USS Theodore Roosevelt di San Diego, California pada 1 November tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia