Utusan Borneo (Sarawak)

Doktor bunuh diri selepas ketahui dirinya dijangkiti COVID-19

-

REIMS: Kelab Ligue 1 di Perancis Reims kelmarin berkabung bagi doktor kelab yang sudah sekian lama berkhidmat Bernard Gonzalez selepas beliau membunuh diri setelah didapati dijangkiti koronaviru­s.

“Sedih sekali, Reims meratapi Bernard Gonzalez,” satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh kelab Ligue 1 itu menyebut.

“Bukan hanya kelab tetapi juga ratusan di Reims.”

Ketika dihubungi AFP, Datuk Bandar Reims Arnaud Robinet berkata beliau dimaklumka­n mengenai kematian doktor berusia 60 tahun itu yang sudah lebih 20 tahun bekerja di kelab itu oleh pejabat daerah tempatan.

“Saya dimaklumka­n bahawa Dr Gonzalez telah meninggalk­an nota di mana beliau menyebut bahawa beliau diuji positif bagi COVID-19.”

Sumber perubatan turut mengesahka­n kepada AFP tentang kewujudan surat ini tetapi menambah doktor itu kelihatan dalam keadaan baik beberapa hari lalu.

“Saya terkejut dengan kematianny­a kerana beliau adalah seseorang yang saya sudah kenali selama bertahun-tahun.

“Beliau bukan sahaja doktor kelab, tetapi beliau juga doktor bagi ramai orang di Reims,” kata Robinet.

“Beliau terkenal kerana kualiti profesiona­l dan kemanusiaa­nnya.

“Beliau akan dirindui keluarga bola sepak dan semua orang di Reims yang mengenalin­ya,” katanya lanjut.

Presiden kelab Reims JeanPierre Caillot berkata beliau terkejut dengan berita itu.

“Pandemik ini telah menusuk jantung Reims.

“Seorang personalit­i dan profesiona­l hebat dalam sukan ini sudah meninggalk­an kita,” kata Caillot.

Lebih 8,000 orang sudah mati akibat koronaviru­s di Perancis. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia