Utusan Borneo (Sarawak)

Inovasi rakyat bantu lindungi petugas barisan hadapan

Rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi tampil dengan pelbagai ciptaan bagi menghalang jangkitan COVID-19

-

KUALALUMPU­R:Memasuki hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam, petugas-petugas barisan hadapan yang berjuang memerangi wabak COVID-19 dalam melindungi diri daripada jangkitan itu terus mendapat bantuan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi.

Seorang doktor di Kuantan menghasilk­an kubikel ‘I3S Cubicle’ yang berupaya melindungi petugas kesihatan daripada jangkitan virus itu ketika melakukan saringan pesakit.

Kubikel itu dipasang di hadapan unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada Ahad dan hanya mengambil masa sehari untuk disiapkan.

Sebelum itu Pakar Perunding Pembedahan Mulut dan Maksilofas­ial Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Firdaus Hariri, 42, menghasilk­an kotak perlindung­an intubasi yang mudah untuk diedarkan secara percuma di hospital dan klinik awam di seluruh negara.

Kotak-kotak perlindung­an intubasi itu yang dibuat menggunaka­n acrylic lutsinar mampu berfungsi sebagai perisai untuk petugas perubatan barisan hadapan semasa melakukan prosedur intubasi pada pesakit COVID-19.

Dalam pada itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilk­an 10 unit ‘Pondok Nyah Cemar Automatik UTM Shield’, untuk kegunaan Majlis Bandaraya Johor

Bahru (MBJB).

Inovasi hasil usaha sama penyelidik dan pelajar Sekolah Kejurutera­an Mekanikal, serta Sekolah Kejurutera­an Bioperubat­an dan Sains Kesihatan itu berfungsi secara automatik, dan mampu nyah cemar keseluruha­n badan individu.

Sementara itu, benteng barisan hadapan juga akan diperkuatk­an dengan penerimaan kit pengesanan pantas antigen baharu dari Korea Selatan hari ini dalam usaha meningkatk­an bilangan ujian dan kadar ketepatan setiap ujian COVID-19 yang dijalankan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bagaimanap­un, berkata alat baharu itu perlu melalui proses penentusah­an oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sebarang keputusan untuk membeli kit berkenaan dibuat.

Sebanyak 3,662 kes positif COVID-19 dicatatkan sehingga 12 tengah hari kelmarin.

Jumlah kematian pula adalah 61 kes, iaitu 1.67 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA: Kakitangan Yayasan Muamalat Belia Muhammad Hasanul Afnan Sabri menguji sarung tangan yang akan digunakan oleh doktor ketika membuat saringan melalui 13S Cubicle Mark IX yang telah dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan semalam.
— Gambar Bernama CUBA: Kakitangan Yayasan Muamalat Belia Muhammad Hasanul Afnan Sabri menguji sarung tangan yang akan digunakan oleh doktor ketika membuat saringan melalui 13S Cubicle Mark IX yang telah dipasang di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud (tengah) melihat UTMShield Automated Disinfecti­on Chamber atau Pondok Nyah Cemar Automatik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuantan semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud (tengah) melihat UTMShield Automated Disinfecti­on Chamber atau Pondok Nyah Cemar Automatik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuantan semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia