Utusan Borneo (Sarawak)

`Media juga petugas barisan hadapan’

Goh serah 4,000 keping penutup mulut dan hidung kepada pengamal media

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sebanyak 4,000 keping penutup mulut dan hidung telah disumbangk­an kepada pengamal media tempatan di sini dalam usaha bersamasam­a memutuskan rantaian COVID-19.

Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) Tan Sri TC Goh berkata, wabak COVID-19 adalah sesuatu yang serius dan pengamal media harus sentiasa berhati-hati ketika menjalanka­n tugasan harian.

“Pengamal media juga adalah petugas barisan hadapan, mereka tidak seharusnya diabaikan. Oleh itu para wartawan harus sentiasa menggunaka­n penutup mulut dan hidung dan sentiasa menggantik­an yang baharu selepas menggunaka­nnya.

“Jangan guna balik, lupuskan yang sudah diguna dan tukar dengan yang baharu ketika melakukan tugasan harian,” katanya ketika ditemui selepas menyerahka­n unit penutup mulut dan hidung kepada pengamal media di sini semalam.

Beliau yang juga Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) berkata, bantuan disumbangk­an oleh FCAS adalah sebahagian daripada kempen bantuan dilakukan di seluruh negara khususnya kepada petugas barisan hadapan yang diilhamkan oleh Hua Zong dan disertai oleh semua ahlinya.

Sementara itu, Goh menjelaska­n keputusan untuk memanjangk­an tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan tamat pada 14 April depan adalah di bawah kuasa Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangk­an pihak berkuasa khususnya kementeria­n berkenaan akan bertindak berdasarka­n data-data mengenai penularan COVID-19 dalam negara ini.

“Dari aspek ekonomi, sektor perniagaan terjejas teruk akibat tidak dapat beroperasi disebabkan PKP.

“Bagaimanap­un, peningkata­n jumlah positif COVID19 dalam negara ini adalah sebanyak tiga digit setiap hari. Oleh itu, pada ketika ini keselamata­n adalah paling diutamakan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun sememangny­a ramai yang mahu perniagaan dibenarkan beroperasi semula, tetapi bagaimana sekiranya mangsa COVID-19 meningkat secara mendadak selepas perniagaan dibuka semula.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan kelmarin menjelaska­n bahawa mereka berjaya mengesan generasi kelima positif COVID-19, sementara 40,000 orang lagi yang terlibat dalam rantaian jangkitan COVID-19.

“Pandemik ini tidak harus dipandang ringan oleh semua pihak, kita bukanlah pakar tetapi keputusan sama ada untuk memanjangk­an tempoh PKP terletak pada keputusan Ketua Pengarah Kesihatan (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) kerana beliau sahaja mempunyai data berkenaan,” katanya.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia akan membuat keputusan sekiranya PKP akan dipanjangk­an pada 10 April ini selepas menilai data yang diperolehi.

 ??  ?? KENANGAN: Goh (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas menyerahka­n 4,000 keping penutup mulut dan hidung kepada Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Yong Ted Phen (dua kiri).
KENANGAN: Goh (tengah) merakamkan gambar kenangan selepas menyerahka­n 4,000 keping penutup mulut dan hidung kepada Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) Yong Ted Phen (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia