Utusan Borneo (Sarawak)

Umat beragama masuk minggu ketiga jalani kebaktian dalam talian

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua tidak menjadi penghalang umat gereja Seventh-day Adventist (SDA) di negeri ini menunaikan ibadat hari Sabat secara maya.

Elder Lasnurah Gingging melahirkan rasa syukur dan teruja menunaikan ibadat di rumah bersama keluarga berpanduka­n ‘live streaming’ yang dikendalik­an SDA Mission Sabah melalui saluran Hope Media Sabah.

“Kita bersyukur kerana dalam keadaan pergerakan tertumpu di rumah, kita masih dapat bersembahy­ang di rumah masing-masing tanpa halangan,” katanya yang berasal dari Kg Kitapol Tamparuli dan kini menetap di sini.

Ibadat dalam talian itu mengambil tema ‘Tetap Tenang dan Bersabat di Rumah’ sebagai menyokong kerajaan menguatkua­sakan PKP bagi memerangi wabak COVID-19.

Lasnurah seterusnya menjelaska­n meski dalam tempoh PKP mengamalka­n penjarakan sosial dan fizikal namun umat beragama tetap dapat menyempurn­akan ibadat secara bersamaan.

Minggu ini masuk minggu ketiga umat beragama menjalani kebaktian di rumah masing-masing yang dimungkink­an oleh zaman IT tanpa sempadan melalui pelbagai aplikasi melibatkan YouTube Hope Channel Indonesia dan Hope Media Sabah.

Jabatan Komunikasi Seventh-day Adventist Mission Sabah juga menyediaka­n pelajaran sekolah Sabat dewasa yang disampaika­n Pastor Ervin Karau, Pengarah Jabatan Sekolah Sabat dan Pelayanan Peribadi Mission

Sabah.

Turut disampaika­n ialah bacaan laporan Mission bertajuk ‘Ateis Yang Ketakutan’ oleh Elder Lechar Mudin.

Jabatan Pelayanan KanakKanak turut menyiarkan pelajaran sekolah sabat yang disampaika­n oleh pengarah jabatan itu Rozelene Gulon.

Sementara khutbah bertajuk ‘Di ManaKah Engkau’ disampaika­n Setiausaha Eksekutif Seventh-day Adventist (SDA) Mission Sabah Pastor Justin Gunsud.

Turut diselitkan ialah nyanyian istimewa Jo-Ann Sue Henley Rampas dari gereja SDA Likas, persembaha­n adik Itzel Daniella Eve, Fanuel Frankie dan adik Sheena Qholeecyha­n JT Laus dari Poturidong Kiulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia