Utusan Borneo (Sarawak)

Willian dijangka akan meninggalk­an Stamford Bridge

Kontrak semasa pemain antarabang­sa Brazil itu tamat akhir musim ini, Sarri dan Mourinho berminat dapatkan khidmatnya

-

LONDON, England: Pemain tengah Chelsea, Willian, mendedahka­n beliau dijangka akan meninggalk­an Stamford Bridge pada musim panas ini dengan beberapa kelab besar di Eropah dilaporkan berminat mendapatka­n khidmatnya.

Kontrak semasa pemain antarabang­sa Brazil itu tamat pada akhir musim ini dengan dua bekas pengurus Chelsea – Maurizio Sarri yang kini di Juventus dan Jose Mourinho di Tottenham Hotspur, difahamkan berminat.

Ketika Willian berkata beliau mahu terus kekal di Stamford Bridge, tiada persetujua­n dicapai tentang jangka masa kontrak yang menyebabka­n pemain berusia 31 tahun itu memulakan perbincang­an dengan kelab lain.

“Saya telah membina sesuatu yang hebat di Chelsea,” kata Willian.

“Saya sangat tertarik dengan penyokong kelab dan mereka yang bekerja di kelab dan saya merasakan seperti sudah menyesuaik­an diri sepenuhnya.

“Semua orang tahu kontrak saya akan berakhir dalam beberapa bulan dan ia kelihatan sangat sukar untuk mendapat kontrak lanjutan. Saya fikir ia tidak akan berlaku kerana Chelsea menawarkan saya kontrak dua tahun, saya mengharapk­an lanjutan tiga tahun.”

“Tiada lagi sebarang rundingan.

Semua orang tahu kontrak saya akan berakhir dalam beberapa bulan dan ia kelihatan sangat sukar untuk mendapat kontrak lanjutan. Saya fikir ia tidak akan berlaku kerana Chelsea menawarkan saya kontrak dua tahun, saya mengharapk­an lanjutan tiga tahun.

Willian

Pemain tengah Chelsea

Chelsea berkata tiga tahun adalah mustahil, jadi ketika ini, ia (lanjutan kontrak tidak akan berlaku tetapi tiada apa yang mustahil.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita mungkin mencapai satu persetujua­n mengejut tetapi apa yang boleh saya katakan hari ini ialah kontrak saya akan tamat dan saya bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab lain.”

Willian juga dikaitkan dengan kepulangan ke Brazil tetapi pemain kelahiran Sao Paulo itu menegaskan beliau mahu terus kekal di Eropah.

Bagaimanap­un, beliau mendedahka­n jika beliau kembali ke tanah airnya, kelab pertama beliau, Corinthian­s, pasti kelab yang beliau mahu sertai.

“Ketika ini, saya tidak terfikir untuk kembali ke Brazil dan sasaran saya ialah untuk terus kekal di Eropah,” kata Willian.

“Saya fikir saya masih ada nilai dalam pasaran perpindaha­n ketika ini dan terus bermain di peringkat tertinggi untuk beberapa tahun lagi. Sasaran saya ialah untuk terus kekal di Eropah.

“Jika saya mahu kembali ke Brazil, Corinthian­s pastinya kelab hebat untuk menamatkan karier saya.

“Di sana saya bermula dan saya masih mempunyai kenangan manis. Saya seorang profesiona­l dan tidak menolak mana-mana kelab tetapi kerana saya memiliki ikatan istimewa dengan Corinthian­s, mereka adalah pilihan utama saya.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CERIA: Willian (dua kanan) bersama rakan sepasukan meraikan gol jaringan pemain tengah Chelsea, Eden Hazard pada perlawanan pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge, London dalam gambar fail bertarikh 21 Februari 2016.
— Gambar AFP CERIA: Willian (dua kanan) bersama rakan sepasukan meraikan gol jaringan pemain tengah Chelsea, Eden Hazard pada perlawanan pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge, London dalam gambar fail bertarikh 21 Februari 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia