Utusan Borneo (Sarawak)

The Bavarians kembali jalani latihan

-

MUNICH, Jerman: Kelab Bayern Munich akan menjalani latihan “dalam kumpulan kecil” selepas mengesahka­n skuad kendalian Hansi Flick akan mematuhi garis panduan kerajaan Jerman tentang langkah berjagajag­a pandemik koronaviru­s (COVID-19).

Bundesliga Jerman digantung pada 13 Mac sehingga 2 April tetapi satu mesyuarat kelab-kelab pada 31 Mac lepas, melanjutka­n tempoh penggantun­gan sehingga paling awal 30 April.

Satu kenyataan dari laman sesawang rasmi Bayern Ahad lepas menggesa penyokong kelab untuk tidak hadir ke pusat latihan kelab ketika pemain kembali menjalani latihan.

“Skuad utama Bayern Munich akan kembali menjalani latihan di Sabener Strasse dalam jumlah kecil dari 6 April,” kata kenyataan.

“Ia akan dilakukan dengan mengikut polisi kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan. Namun begitu, kami menekankan segala peraturan kebersihan dalam proses ini.”

Kebenaran kembali menjalani latihan adalah selari dengan cadangan badan induk bola sepak Jerman (DFL) di mana pasukan berehat dari menjalani latihan sehingga 5 April.

Kenyataan Bayern menambah: “Sesi latihan akan berlangsun­g tanpa kehadiran orang ramai.

“Dalam usaha untuk memperlaha­nkan lagi penularan COVID-19, Bayern meminta peminat untuk terus mematuhi arahan pihak berkuasa dan kerana itu tidak perlu hadir ke pusat latihan kelab.”

Pakar virologi terkenal, Alexander Kekule, mencadangk­an bahawa ada harapan untuk menamatkan musim semasa Bundesliga tetapi ia bermakna menamatkan jadual perlawanan tanpa penonton dan mengawasi keadaan pemain dengan begitu rapat.

“Semuanya satu kemungkina­n. Anda harus memikirkan tentang bagaimana anda boleh memastikan pemain Bundesliga dapat bermain,” kata Kekule.

“Anda harus melanjutka­n pengurunga­n untuk mereka. Mereka akan terus tinggal secara berasingan dengan kawalan ketat. Keseluruha­n pasukan akan menjalani kuarantin khas. Sebagai tambahan, mereka akan diperiksa sebelum setiap perlawanan.” — AFP

 ?? Gambar AFP ?? KEMBALI BERLATIH: Flick (tengah) memerhati para pemainnya ketika mengendali­kan sesi latihan di Doha, Qatar dalam gambar fail bertarikh 5 Januari 2020. —
Gambar AFP KEMBALI BERLATIH: Flick (tengah) memerhati para pemainnya ketika mengendali­kan sesi latihan di Doha, Qatar dalam gambar fail bertarikh 5 Januari 2020. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia