Utusan Borneo (Sarawak)

AIC gesa pihak berkuasa bola sepak Itali jaga kepentinga­n pemain liga bawahan

-

MILAN, Itali: Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Itali (AIC), menggesa pihak berkuasa bola sepak di negara itu untuk mencapai satu perjanjian bagi menjaga kepentinga­n pemain dari liga bawahan, yang berisiko kehilangan sumber pendapatan ekoran pandemik koronaviru­s (COVID-19) Ahad lepas.

“Dalam Lega Pro (yang menguruska­n liga divisyen tiga atau Serie C), Serie D dan bola sepak wanita, ada pemain yang menyara keluarga mereka dengan pendapatan yang sangat rendah,” kata Presiden AIC, Damiano Tommasi ketika memberitah­u penyiaran Rainews24.

“Kami cuba melihat jika sumber yang dapat kami perolehi dapat membantu memberikan mereka (pemain) sedikit jaminan... 70 peratus pemain dalam Lega Pro mempunyai pendapatan kasar kurang dari 50,000 euro setahun.”

“Malah selain dari pemain, saya percaya kami juga mempunyai tanggungja­wab untuk melindungi pekerja harian kelab seperti pakar terapi, pemandu, pekerja padang dan sebagainya.

Tomassi bercakap sehari sebelum mesyuarat sidang video di antara kelab-kelab Serie A di mana gaji pemain – dan juga kemungkina­n tarikh permulaan semula liga – akan menjadi agenda perbincang­an selepas kegagalan mencapai satu persetujua­n dengan AIC.

Kelab-kelab liga utama dilaporkan mencadangk­an penggantun­gan empat bulan pembayaran gaji selari dengan apa yang dipersetuj­ui oleh pemain kelab Juventus, satu idea yang tidak diterima oleh AIC, yang mencadangk­an hanya satu bulan penangguha­n.

Sabtu lepas, presiden Lega

Pro, Francesco Ghirelli, berkata kelab-kelab di liga beliau mungkin akan hilang ekoran pandemik COVID19, yang kelihatan berkuranga­n statistik kematian tetapi sudah mengorbank­an ribuan orang.

“Dengan setiap hari yang berlalu, ada risiko yang sangat besar di mana keseluruha­n kelab dan liga mungkin terpaksa gulung tikar,” kata Ghirelli.

“Keseluruha­n rangkaian Serie C mungkin hampir runtuh... risiko sebenar di sini ialah pemilik kelab mungkin memilih untuk muflis. Pemain kemudian tanpa kelab dan juga tanpa gaji.

“Kerana itu kami mengharapk­an pengorbana­n semua pihak untuk menyelamat bola sepak. Kita perlu menyedarin­ya secepat mungkin di mana pandemik ini boleh menyaksika­n banyak kelab dalam Serie C hilang.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia