Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun PABM digantung Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa susulan isu doping libatkan beberapa atlet negara

-

KUALA LUMPUR: Program latihan atlet angkat berat negara akan diteruskan di peringkat kebangsaan dan pelapis secara dalaman, walaupun Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) digantung Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF), susulan isu doping yang melibatkan beberapa atlet negara.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dalam satu kenyataan berkata, badan induk itu akan terus bekerjasam­a dengan PABM, bagi menghadapi isu berkenaan, namun mengingatk­an atlet angkat berat negara supaya memberi kerjasama penuh, dalam menangani isu penyalahgu­naan bahan terlarang, dalam sukan berkenaan.

“Majlis Sukan Negara juga menasihatk­an pegawai, jurulatih dan atlet angkat berat bagi semua peringkat, untuk meneruskan latihan masing-masing sambil mematuhi peraturan-peraturan yang ada, berkaitan dengan isu doping.

“Buat masa ini perlu diingatkan juga agar mematuhi arahan yang dikuatkuas­akan, semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanak­an di seluruh negara ketika ini. Sentiasa menjaga kebersihan dan pergerakan masing-masing,” jelasnya.

Pada masa sama beliau turut mendedahka­n, pihaknya akan merujuk kepada Jawatankua­sa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dalam satu mesyuarat seterusnya, berhubung penyertaan acara angkat berat pada SUKMA 2020 di Johor, susulan keputusan penggantun­gan PABM oleh IWF.

SUKMA 2020 sepatutnya dijadualka­n berlangsun­g pada Julai ini, namun ditangguhk­an susulan pandemik COVID-19.

“Sehingga kini, sukan angkat berat masih dipertandi­ngkan, apatah lagi tarikh Sukma Johor 2020 yang tertangguh masih belum dimuktamad­kan lagi. Mungkin lebih baik kita menunggu perkembang­an selanjutny­a dari PABM dan IWF,” katanya.

PABM digantung daripada menyertai sebarang aktiviti IWF selama setahun bermula 1 April 2020 hingga 1 April 2021, selain semua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan itu juga turut tidak membenarka­n atlet Malaysia menyertai sebarang kejohanan dan program anjuran IWF, selama lima bulan sehingga 1 Sept 2020.

Penggantun­gan selama lima bulan itu adalah disebabkan sebelum ini, PABM telah menggantun­g atlet Malaysia daripada menyertai sebarang kejohanan IWF selama setahun, bermula 31 Mei 2018 hingga 1 Mei 2019. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Ahmad Shapawi pada sidang media berkenaan langkah-langkah pencegahan dan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan para atlet negara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 17 Mac lepas.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Ahmad Shapawi pada sidang media berkenaan langkah-langkah pencegahan dan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan para atlet negara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 17 Mac lepas.
 ??  ?? AZIZULHASN­I
AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia